Thursday, November 10, 2011

BAJET KOSONG 2012!!! Nak bina 5 lebuhraya, lebuhraya bajet 4 tahun lepas tak siap-siap

http://images.alrijal76.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SCKAfAoKCs8AAC3rW7w1/Ustaz%2BTaib.jpg?et=UXseqz5h4hVGI%2CwgG577Lw&nmid=KUALA LUMPUR, 10 Nov: PAS amat kesal kerana pembinaan Lebuh Raya Durian Burung ke Baling (Tekih) di Kedah terus terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun disebabkan kegagalan kontraktor-kontraktor terpilih melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Disebabkan kejadian itu, pihak Kerajaan BN bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan kos yang semakin meningkat, tetapi terus gagal membantu rakyat mempertingkatkan perekonomian disebabkan ketiadaan rangkaian jalan raya yang baik.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib berkata, kejadian tersebut tidak akan berlaku jika pihak Kerajaan BN melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, terutama dalam pemilihan kontraktor terbabit.

Menurutnya, pada hal ketika kerja-kerja itu hendak dilaksanakan, pihak kerajaan telah mengatakan kedua-dua kontraktor terpilih itu adalah yang terbaik.

Katanya, sekiranya benar kontraktor-kontraktor terbabit adalah yang terbaik, kejadian tersebut tidak akan berlaku sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya.

"Dari jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya semalam dijelaskan bahawa pembinaan lebuh raya itu kini terbengkalai disebabkan 2 kontraktor projek tidak lagi meneruskan projek tersebut," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, menurut beliau, daripada jawapan timbalan menteri itu dijelaskan bahawa bahagian yang belum siap bagi lebih raya itu adalah untuk peringkat C dan D iaitu yang menghubungkan Pedu merentasi Baling.

Katanya, menurut timbalan menteri itu juga, disebabkan kegagalan 2 kontraktor berkenaan, pihak JKR terpaksa memulakan tender baru untuk pemilihan kontraktor baru tahun hadapan.

"Dengan itu, pembinaan lebuh raya itu yang telah terbengkalai sehingga melebihi 4 tahun akan mengambil masa 18 bulan lagi untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.

Timbalan menteri berkenaan menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan beliau bagi sessi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan kegagalan pihak Kerajaan BN dalam membuat penilaian terhadap prestasi atau kelayakan kontraktor-kontraktor terpilih.

"Akibatnya, berlakulah pelbagai kerugian dan pembaziran disebabkan kos yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga barangan," katanya.

Lebih dikesali, tambahnya, sehingga kini pihak kerajaan masih lagi gagal melunaskan sebahagian bayaran pampasan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya itu.

Beliau berharap agar kejadian seperti itu tidak berulang lagi setelah pembinaannya diteruskan tahun hadapan bagi membolehkan pelbagai pihak mendapat manfaatnya.

"Jika lebuh raya itu siap nanti, ia bukan sahaja akan mempertingkatkan ekonomi penduduk di kawasan itu, tetapi juga memudahkan perhubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.

"Selain itu, ia turut berpotensi bagi perkembangan industri pelancongan kerana terdapat dua empangan yang cukup cantik di kawasan itu iaitu Empangan Pedu dan Empangan Gubir," jelasnya.

Kedua-dua empangan tersebut, tambahnya lagi, mempunyai tasik-tasik yang dipenuhi pemandangan yang cukup cantik, selain kawasan sekitarnya yang mempunyai hutan simpan hijau dan menyegarkan.

"Kesemua itu merupakan satu lagi bentuk pemandangan yang boleh membantu perkembangan industri pelancongan yang juga boleh dimanfaatkan oleh kepada penduduk di kawasan itu.

"Pendek kata, jika lebuh raya itu tidak terbengkalai, penduduk di kawasan itu sudah pun berpeluang menjana pendapatan masing-masing sejak beberapa tahun lalu lagi kerana berbagai-bagai aktiviti pelancongan boleh dibuat di kawasan itu," tegas beliau.

No comments: