Wednesday, November 16, 2011

GURU KERJA 9 JAM!!! Jangan tambah beban guru

PARIT BUNTAR, 17 Nov. : Kerajaan diminta mencari usaha mengurangkan beban tugas guru bukan menambahkan lagi dengan mengarahkan guru bekerja sehingga sembilan jam.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khali berkata , tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

“ Guru sudah terbeban dengan beban tugas di luar daripada silibus pembelajaran mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti itu.

“ Malah para guru menggunakan inisiatif sendiri, termasuk mengeluarkan duit kocek mereka bagi memastikan sistem pengajaran mereka di sekolah berkesan serta bagi memastikan para pelajar mendapat pengajaran yang terbaik.” katanya

Sehubungan itu, PAS Parit Buntar menyokong gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan membatalkan projek perintis guru projek rintis bekerja sembilan jam kerana kajian itu adalah satu tindakan membazir.

“ Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya bekerja dalam keadaan selesa kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

“Tindakan Kementerian Pelajaran ini menunjukkan kerajaan sememangnya tidak peka terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para pendidik,” katanya.

Sementara itu, Ajk PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman tidak setuju dengan tindakan Kementerian Pelajaran menjadikan guru sebagai bahan bahan uji kaji terhadap keberkesanan sesuatu teori.

“ Para guru adalah mereka yang sentiasa bereksperimen dengan kehidupan realiti dan bergelumang dengan dunia pendidikan.

" Projek rintis ini tidak perlu dan membazir kerana dapatannya sudah dijangka, hanya membebankan guru-guru”katanya

Adnan berkata, karier perguruan amat penting dan mulia kerana gurulah yang mencorakkan muridnya dengan pelbagai kejayaan daripada tokoh korporat, profesional, tokoh akademik sehinggalah pemimpin negara.

“ Bagaimana kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana beban tugas yang banyak dan memenuhi masa bekerja yang bertambah.

“ Justeru, jasa dan pengorbanan mereka perlu dikenang dengan memudahkan segala urusan mereka, bukan menambah bebanan mereka.” katanya

No comments: