Tuesday, November 1, 2011

NALLAKARUPPAN JADI SENATOR!!! UMNO tak bantah tapi India yang bantah

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) difahamkan bahawa Datuk K S Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah esok di Dewan Negara.

“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus dibanggakan?” soal setiausaha agungnya, Barathidasan Saminathan (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (Miup) setelah keluar daripada PKR, malangnya Miup tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 kerana ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja.

Selain itu, ujarnya Miup bukanlah sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara?

“Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?” soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah sumbangan Nalla terhadap pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas 4 ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.

Bagi Mipas, katanya Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah untuk itu beliau dilantik sebagai senator?” soalnya lagi.hrkh

1 comment:

Anonymous said...

Umporno memang lah x reti bab2 politik dan ekonomi bangsa yg mrk tau masuuk aje bagus pulak si pulak Barathidasan nmpk cerdiknya.. yg gua hairan PERKASA persatuan melayu haprak lagi x tau bantah PM Najib si senator ni. lansung tak perjuang hak melayu langsung.....memang Perkasa pertubuhan melayu haprak kelas pertama....