Saturday, November 5, 2011

SEKSUALITI MERDEKA!!! Rupanya dulu anak pemimpin UMNO pun terlibat sebab tu tak diharamkan

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.

Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan.

azlan“Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

“Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini,” petik kenyataan itu.

Program 'Seksualiti Merdeka 2011' dijadualkan berlangsung di The Annaxe Gallery dengan tema 'queer without feer'. Ia dikatakan bertjuan memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini.

Akibat desakan pelbagai pihak yang membuat laporan polis, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Khamis lalu mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

NONEBagi PMUKM, program sebegini yang menjadi asbab kepada beberapa pihak tegas melahirkan kegusaran apabila konsert artis gay Elton John ke Malaysia dibenarkan pada 22 November ini walaupun sedia maklum latar belakangnya.

“Kita memohon agar mereka yang terbabit kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia.

“Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup sebagaimana yang dijelaskan di dalam Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ruum ayat 21,” petuk kenyataan itu lagi.

azlanJusteru, PMUKM mendesak semua pihak supaya tidak lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak akan tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah malahan lebih teruk lagi.

“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia,” akhiri kenyataan itu.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau anak pemimpin UMPORNO / BN semua boleh.Kalau orang lain buat ini lah jadinya.Mujur juga itu jadinya.Kalau tidak penat je orang PAS melalak kesana-kesini untuk menyekatnya. Manusia merancang , Allah juga merancang.Allah adalah sebaik-baik perancang.Semuga ditimpa bala ke atas mereka yang meneruskan pesta tersebut.

Anonymous said...

Gua pun bantah jugak, tapi yg hairan polis ni selalu bertindak bila ade pemimpin pembangkang atau pro tapi kalau melibatkan umporno buat dek aje... tu yg rakyat selalu kata PDRM juga kompenan BN .... terutama D/IGP selalu memihak umporno....

Anonymous said...

salam
1) anak bekas pm tu memang punyai pemikiran 'songsang'. Namun bapanya bukan golongan songsang dan membantah sekeras-kerasnya. Bapanya jelas negarawan ulung, banyak idea nya membantu umat islam(walaupun tak semua)
2) Isunya kini, pihak yg mengaku 'lebih islam ' patut turut serta secara terbuka menentang acara ini. Tak perlulah berlapik dlm hal yg jelas haram
3) Lain kali, bila diingatkan pasal IFC patutnya pihak2 yg 'terlebih mulia' ni dah tak sokong Ambiga masa Bersih 2.0. Kalau pun nak demo, carik la pemimpin sendiri, dah takde pemimpin ke? Tak dapat aku bayangkan org #2 wakili Malaysia berjumpa Obama , ish..ish malu..takde intelek langsung.
4) Pokoknya, kalau pun benci BN, biarlah bersebab. Kalaupun ada sebab, tak yah bersekongkol dgn pihak yg jelas menentang islam/melayu. Ini la.. Islam depan mata taknak percaya, Kafir seberang laut percaya giler.
5) Tunjuk sikit korang jadik ketua dalam pakatan, baru lah islam dijunkung. Kalau tak, hampeh...

Anonymous said...

BUKAN LA BENGONG..SBB DULU MANE ADE SOSIAL MEDIA..ORG NK HEBAH2KAN MANE ADE CM SKANG NI..ADE FB ADE TWITTER..BILE SUME ORG DH AWARE ORG PON AMIK LA ACTION..TU PON XLEH NK PIKIR..MEMALUKAN ORG MELAYU JE..