Wednesday, December 21, 2011

Bantuan RM 500 hak rakyat tanpa mengira idelogi politik

PARIT BUNTAR, 21 Dis. : Semua rakyat yang layak menerima bantuan RM 500 diminta mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) .

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, semua rakyat tidak mengira pegangan ideologi politik berhak menerima bantuan tersebut.

“ Peruntukan tersebut merupakan dana belanjawan negara untuk kepentingan rakyat bukan dari mana - mana parti .

“ Mana-mana parti politik tidak boleh mendakwa bantuan tersebut dari mereka kerana bukan dana parti politik yang digunakan sebaliknya dana negara.”katanya

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

“ Pihak tertentu tidak boleh mengambil kesempatan untuk menyusahkan rakyat kerana kepentingan politik.

“ Permudahkan rakyat untuk mendapatkan, mengisi dan menghantar borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)”katanya

Menurut Fakhrurrazi , orang ramai diminta membuat aduan rakyat sekiranya mereka dihalang mendapatkan borang tersebut oleh pihak tertentu termasuk parti politik.

“Andainya ada rakyat yang dipertikaikan atau dihalang dalam menerima sumbangan wang ini, mereka boleh buat aduan rakyat termasuk laporan polis.

“ Orang ramai diharapkan menyatakan kepada pihak yang menghalang bahawa sumbangan itu adalah dana negara untuk membantu rakyat bukan tujuan politik”katanya

Fakhrurrazi juga berharap orang ramai tidak terpedaya dengan orang tengah termasuk membeli borang dan lain-lain dalam proses memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

No comments: