Tuesday, December 20, 2011

BELASAH DUIT RAKYAT LAGI!!! Tuntutan palsu dari Kerajaan Pusat terhadap jalan yang diturap Kerajaan Negeri

Oleh: Semilang Kola

Fitnah yang dibuat RTM berhubung isu kononnya YB Nasir Kubang Rotan tak turun padang menyelesaikan masalah kerosakan jalan membawa kepada penemuan baru iaitu TUNTUTAN PALSU projek jalan.

Ringkas ceritanya macam nilah, selepas terima aduan penduduk YB Nasir bertungkus-lumus selesai masalah rakyat sehingga penduduk dapat jalan baru yang diturap oleh kerajaan negeri.

Alih2 mai RTM dakwa itu jalan peruntukan Pusat dan YB Nasir tak buat apa-apa. Difahamkan yang bagi info dekat RTM tu ialah bekas calon BN Anak Bukit Muthalib Harun.. maknanya ada pihak dah claim dekat Pusat depa buat jalan tu, bayaran pun dah dibuat oleh agensi Pusat sedangkan jalan itu dah siap dibuat oleh Negeri.

Kontraktor tu tak buat apa-apa, makan duit harammm!! Aitt awat yang Muthalib Harun pi ketag lutut pulak dengan pendedahan ini?


Isu penyelewengan ini telah dilaporkan kepada polis dan SPRM, SK serahkan kepada pihak depalah buat siasatan. SK harap jangan ada ada calon BN yang kena gari pada hari penamaan calon sudahlah. Good Luck Muthalib!




Isu fitnah dan tuntutan projek jalan: ADUN Kubang Rotan lapor polis, SPRM

KUALA KEDAH – ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membuat laporan polis bagi menggesa polis membuat siasatan berhubung fitnah yang dilemparkan oleh RTM mengenai kerajaan negeri gagal melakukan penurapan jalan di Kampung Hilir, Telok Talipon, Kubang Rotan.

Dalam rancangan Titik Sentuhan yang disiarkan RTM, beberapa penduduk mendakwa YB Nasir tidak pernah tampil untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka dipinggirkan daripada arus pembangunan oleh kerajaan negeri.

“Jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan negeri, tetapi pihak MADA pula yang dikatakan melakukan penurapan tersebut dan kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, jadi di sini fitnah terhadap kerajaan telah dilakukan.

“Saya berasa kesal dengan berita yang disiarkan pada rancangan berkenaan dan berkeputusan untuk mengambil tindakan tegas kecuali ada maklum balas dalam tempoh terdekat,” ujar beliau.

Selain berlakunya fitnah, beliau juga mengesyaki terdapat tuntutan bertindih terhadap kerja pembaikan jalan terbabit berdasarkan rancangan berkenaan.

Justeru, beliau juga membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat salah laku tuntutan tersebut.

“Jalan tersebut adalah jalan MADA, mereka lakukan penurapan separuh jalan sahaja, jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penurapan sepenuhnya, tetapi mereka membuat tuntutan kepada kerajaan Pusat mengatakan mereka yang lakukannya,” jelas beliau.

Kedah La

1 comment:

Anonymous said...

KALAU TAK MENIPU BUKANYA PENCACAI umNO NAMANYA.

-wakleman