Monday, December 26, 2011

BEZA MB PAS DENGAN MB UMNO!!! 20 tahun MB PAS perintah tiada kes rasuah, 8 tahun MB UMNO perintah berjuta-juta wang rakyat disapunya

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/396251_10150448941977157_319981142156_8673427_622564377_n.jpg

KOTA BHARU – Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah mewah dan tanah ternyata memalukan rakyat.

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, satu demi satu penyalahgunaan kuasa pada kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional berjaya dibuktikan dan ia menunjukkan dakwaan pembangkang selama ini adalah benar.

“Pas percaya banyak lagi isu-isu seumpama itu dipercayai melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin tertinggi parti itu yang perlu disiasat pihak bertanggungjawab. Kes Khir Toyo ini salah satu bukti yang jelas kepada rakyat siapa sebenarnya mereka.

“Syabas kepada mahkamah yang kerana memberikan hukuman tanpa mengira kedudukan individu. Masih ramai lagi bekas-bekas pemimpin parti itu yang memiliki kekayaan luar biasa dan ini perlu diselidik segera,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Katanya, diharapkan keputusan itu memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin parti politik lain kerana mahkamah tidak melindungi sesiapapun walaupun bekas pemimpin tertinggi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjara 12 bulan mulai tarikh jatuh hukum dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan manakala perintah melucut hak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Beliau dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.SH

3 comments:

Andy Zs said...

Saya baru sahaja keluar parti PAS dan pakatan rakyat yang selama ini saya fikir membatu rakyat, namun yang sedihnnya keadaan daerah saya yang semenjak oleh PAS dalam 5 tahun ini lebih teruk dari dari diperintah oleh BN. PAS tidak menyalurkan peruntukkan ekonomi sepatutnya kepada kami sepertimana BN banyak buat projek pembangunan.- insan kecewa dan meninggalkan PAS selamanya.

Anonymous said...

hang buka keluar pas tapi hang pencacai umporno, tunjuk la bukti hang ahli pas. tok sah dok gebang kosong

Anonymous said...

Niat masuk PAS kerana harta benda. Zaman UMNO harta benda sebagai pembangunan, itu yang silap. lagi pun kewangan negara BN/UMNO kontrol. Cuba beri Pakatan rakyat memerintah dan kontrol kewangan negara. mana tahu mungkin lebih baik. selalunya kerajaan baru akan buat sebaik-baiknya untuk rakyat. semangat baru dan masih ada integriti lagi.