Sunday, December 25, 2011

Cakna rakyat bawa manfaat kepada penduduk

PARIT BUNTAR, 26 Dis. : Kesibukan sering membataskan perhubungan yang lebih akrab, namun dengan program seperti Cakna Rakyat PAS Parit Buntar ternyata dapat dimanfaatkan penduduk untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terbina.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa, pengisian program berkenaan juga memberi peluang kepada penduduk setempat bertemu wakil rakyat dan pimpinan PAS dengan lebih dekat.

“Program hari ini melibatkan penduduk Tionghua di Kuala Bagan Tiang, jadi kesempatan berkumpul yang wujud pada hari ini digunakan untuk bertemu pemimpin.

“Selain majlis dialog dengan pimpinan, penduduk juga berpeluang menerima khidmat kesihatan percuma yang disediakan penganjur” katanya semasa ditemui dalam program Cakna Rakyat di Kuala Bagan Tiang di sini.

Menurut Bahrain, kehadiran penduduk Tionghua ke program Cakna Rakyat sangat memberangsangkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap program kemasyarakatan anjuran PAS Parit Buntar.

“ Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar juga berkerjasama menyediakan roti canai dan teh tarik kepada pengunjung kepada program ini.

“ Penduduk di sini ternyata gembira dan berterima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana menganjurkan program berkenaan di komuniti mereka” katanya

Sementara itu, majlis dialog yang diadakan telah membabitkan pimpinan PAS dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak.

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya PAS Perak, Beh Heng Khim Pengerusi DHPP Perak dan Richard Chin telah sudi turun padang meraikan penduduk dan berdialog dengan orang Tionghua.


Turut hadir YDP PAS Parit Buntar dan Pengerusi DHPP Parit Buntar


Seorang penduduk sedang mengambil ujian tekanan darah

No comments: