Sunday, December 18, 2011

PINJAM BANK DUNIA!!! Mahathir nak sumpah tapi kantoi , bukti dah terbentang

SEBAGAI respon dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa Tun Mahathir secara senyap-senyap terlibat meminta bantuan kewangan dari Bank Dunia, tun menafikan penglibatannya.

Tambah lucu beliau meminta Anwar Ibrahim yang dituduhnya sebagai menjadi dalang meminjam wang daripada Bank Dunia agar bersumpah bersama-sama dengan menjunjung Al-Quran.


Walaupun Mahathir terus menafikan penglibatannya meminjam wang dari Bank Dunia, laman web rasmi Badan Kewangan terbesar dunia itu mendedahkan perkara sebaliknya.

Laman web itu menunjukkan bahawa empat permohonan pinjaman dari Malaysia telah diluluskan oleh Bank Dunia melibatkan wang berjumlah US$704 juta (RM2.24 bilion) Sila check sendiri klik [World Bank].



Mahathir kata dia halau keluar pegawai Bank Dunia yang datang ke pejabatnya untuk menawarkan pinjaman. Jadi mengapa Bank Dunia boleh meluluskan pinjaman Malaysia pula?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah dipecat oleh Mahathir pada 3 September 1998. Pada waktu itu Mahathir merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Jadi siapa yang pinjam duit dari Bank Dunia? Hantu ke?

ReJaM© secara peribadi berpendapat tidak salah jika Mahathir mahu meminjam duit dari Bank Dunia asalkan beliau tahu bagaimana untuk membayarnya semula tanpa membebankan rakyat, tanpa menjejaskan negara.

Tapi yang menghairankan, kenapa beliau berkeras menafikan beliau ada meminjam duit dari Bank Dunia? Sebaliknya menuduh Anwar yang memujuk agar beliau meminjamnya?

Jika tidak ada pinjam, kenapa Bank Dunia boleh luluskan? Bank Dunia ke yang gila? Barangkali kita tak boleh salahkan Mahathir, kerana beliau sudah terlalu tua, barangkali ingatannya juga sudah kurang baik. Anggaplah beliau lupa.


ReJaM© "Jangan salah faham, lupa dan nyanyuk lain ejaan kah kah kah..."


12 comments:

Anonymous said...

Meminjam dengan Bank Dunia bermakna membiarkan rakyat menjadi hamba yahudi laknatullah!!!

Anonymous said...

anak haram betul ,selama hari ni aku kena tipu,aku percaya hidup2 anwar pinjam kat Bank dunia, rupa nya sebaliknya ..pthui..

Anonymous said...

sekurangnya mahathir berani jugak junjung al-quran,dia tipu dia kena laknat ngan tuhan kalau dia betul yg fitnah kena laknat, yg takut sangat nak bersumpah napa x taw.....kalau yg sorang lagi 2 jangan kata al-quran nak sumpah dalam mahkamah pon takut....apa punya turrrr!!!!

ahlee said...

Tuan Haji Anwar Ibrahim MENGAMUK ... ARAH KEADILANDAILY SEMAK SEMULA PEMBOHONGAN DI PORTAL!
Posted by Gelombang Wangsa Maju | Monday, December 19, 2011

Blogger Dr MIM sudahpun melibas kebodohan Tuan Haji Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily dalam isu penolakan 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF), bukannya Bank Dunia (World Bank).
Full article ... click TUAN HAJI ANWAR PEMBOHONG BESAR
Krisis kewangan Asia seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim bukannya berlaku pada tahun 1999, ianya berlaku sejak dari tahun 1997-1998 akibat spekulasi matawang.
Masalah sebenar rakyat adalah pemahaman fungsi dua institusi kewangan terbesar dunia, IMF dan World Bank. Krisis kewangan Asia menyebabkan negara Indonesia, Thailand dan Korea Selatan terpaksa meminjam dan menandatangani 'surat pajak gadai' negara!

GWM cuma mahu berkongsi maklumat khasnya kepada rakyat Malaysia, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak mempunyai hutang yang terlalu tinggi dengan World Bank ... negara tidak akan muflis seperti yang dibohongkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.
Paparan dibawah adalah hutang negara kepada World Bank dan perbandingan hutang negara-negara jiran kepada World Bank.
Baki hutang Malaysia kepada World Bank adalah sebanyak USD 33,333.34 sahaja.
Baki hutang negara Filipina kepada World Bank berjumlah USD 2,944,311,360.16.
Baki hutang negara Indonesia kepada World Bank berjumlah USD 11,361,689,885.98.
Baki hutang negara Thailand kepada World Bank berjumlah USD 66,938,249.99.
Baki hutang negara Vietnam kepada World Bank berjumlah USD 8,730,252,005.34.
Malaysia hanya mempunyai baki hutang dengan World Bank sebanyak USD 33,000 sahaja, berbanding dengan negara-negara jiran yang masih berhutang sehingga mencecah RATUSAN JUTA DAN BILLION DOLLAR! Inilah fakta yang disorokkan pembangkang untuk melakukan pembohongan kepada rakyat dan menidakkan prinsip amalan kewangan yang baik oleh kerajaan Barisan Nasional!
Bagaimana pula hutang negara kepada IMF, jika benar wujud Malaysia menerima 'pakej bantuan kewangan' dari International Monetary Fund (IMF)?
Negara tidak berhutang dengan IMF atau menerima sebarang 'pakej bantuan kewangan' dari IMF!
Bagaimana dengan hutang negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, yang telah menerima 'pakej bantuan kewangan' ini?
Siapa berbohong sebenarnya ... Tun Dr Mahathir atau Tuan Haji Anwar Ibrahim! THAIIek... Siapa sebenarnya yang menyelamatkan negara dari terjerumus ke kancah hutang IMF!

Anonymous said...

poorrdahh mamak keling nak junjung Quran...kalau dah jahat ..maka jahat lah dari akar umbim tak payah nak junjung Quran.Rakyat dah bangun wahai tun...jangan anggap kami masih tidur,tunggu saja...masa akan mennentukan.coming soon.kamu lah punca Umno runtuh.

Anonymous said...

Puak2 pakatan bukan taw beza IMF dengan WORLD BANK......apa ketua depa cakap semua makan bulat2 semua betul xdak yg x btul.....

Anonymous said...

Mangkuk hayun betul mamat Laknattullah tu.... Ingatkan Anuar yang meminjam . Agaknya Bank Dunia boleh bagi pinjaman tanpa di minta yeah ? Jom ABU ! ABU ! ABU ! Asalkan bukan UMNO / BN !

Anonymous said...

Mat Indon Mali mari boh dia punya n3 kat sini. Buat menyemak, dah terbukti Mahathir yang pinjam dari Bank Dunia lepas pecat Anwar . Mat Indon Mali dok bawa cerita krisis ekonomi tahun 1997-98.

Mat Indon Mali tak payah nak fitnah dah sah pinjaman tu tahun 1999 , nak putar belit lagi. Mujuq Mat Indon Mali tak spin tahun 1999 ke tahun1969.

Kalau dia spin macam tu pon, puak umngok percaya punya. Macam sial Mat Indon Mali,pi balik Indon la

Anonymous said...

KALAU PINJAMAN LULUS TAHUN 1999 KORANG AGAK SIAPA MENTERI KEWANGAN MASA PERMOHONAN DIBUAT???? NAK PINJAM DGN BANK DUNIA INGAT AMBIK MASA 2 HARI DAH LULUS KA....MAW MAKAN MASA 2 KE 3 TAHUN......PIKIR2 LA SENDIRI.

Anonymous said...

fikir apa lagi pencacai umporno. bukan pinjam sekali bodo hoi, 38 kali .ulang sekali lagi 38 kali. tu pun nak salah kan anwar.

pencacai umporno ni orang yang sama tulis merata blog dengan komen yang sama

Anonymous said...

Aku sokong Ahlee sebab hutang negara kecil cuma USD 33,333.34 sahaja pada masa tu sebab Anwar jadi menteri kewangan!

Anonymous said...

la hutang negara dah bertimbun, sapa yang nak tanggung kalau bukan rakyat.
kerja siapa kalau bukan pemimpin umno