Tuesday, December 13, 2011

TU DIA UMNO!!! Guna bomoh nak menang pilihanraya

AHLI politik dan pemimpin Umno dinasihatkan agar "jangan menggunakan bomoh untuk menang pilihanraya", itulah yang boleh difahami daripada artikel terbaru di blog Tun Mahathir [Chedet].

Umum mengetahui bahawa ramai pemimpin dan ahli politik Umno gemar menggunakan bomoh di dalam menentukan kemenangan mereka di dalam pilihanraya mahupun pemilihan di peringkat parti.



Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri sememangnya sering menyampaikan amanat kepada pemimpin-pemimpin Umno melalui blog peribadinya chedet.co.cc baik secara tersurat mahupun tersirat.

Artikel terbaru di blog beliau yang bertajuk "TAKUT", menyampaikan mesej jelas menggambarkan situasi Umno yang kini begitu goyah dan gementar di dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Hal ini mengingatkan kita kepada sejarah yang pernah menggemparkan negara bagaimana salah seorang ahli politik Umno, Datuk Mazlan dibunuh oleh bomohnya sendiri, iaitu Mona Fendy [Mona Fendy]

Sudahlah wang banyak habis diberikan kepada bomoh, masa depan politik lebih cerah yang diharapkan, sebaliknya nyawa sendiri yang melayang.


ReJaM© "Harap-harap Lady Gajah pun baca blog Tun Mahathir..."


1 comment:

Anonymous said...

Barangkali Mahathir larang pemimpin UMNO lain guna bomoh sebab sekarang dia tengah membomohkan seseorang di dalam UMNO. Jika si UMNO yang dibomohkan itu pergi jumpa bomoh... maka akan terbarailah pakej bomoh yang digunakan.

Buat kerja khurafat dan mengamalkan sihir, hukumnya mati di dalam Islam. Barang kali sebab inilah UMNO tak mau hudud... boleh bercerai nyawa dari tubuhlah jawabnya.