Friday, December 30, 2011

YANG MANA BELASAH DUIT RAKYAT?!!! Cat Flet : PR buat RM360 Ribu, UMNO buat RM1.2 Juta

(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.


Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.


Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

“Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.


- Harakahdaily

Aku sebenarnya tak peduli pun pasai Flat Samudera tu dicat atau tidak pasai aku taktau pun Flat Samudera tu kat mana, besar kemungkinan aku tak pernah sampai pun kat situ. Isu-isu tempatan macam tu elok orang Selangor ja yang cover.

Cumanya, laporan Harakah tu bagi bukti betapa mudahnya puak-puak penchachai Umno nak cari duit. depa bukan peduli pun duit tu halal ka haram, yang pentingnya masuk...

Jelas sangat beza kos yang kerajaan negeri keluarkan untuk projek tu berbanding dengan kos yang dijanjikan oleh PM lama dulu, beza RM840ribu, boleh buat lebih 3 projek lebih kurang macam tu.

Memang macam tu la cara penchachai Umno cari makan, lebih RM840ribu tu bukannya dapat kepada kontraktor yang buat kerja tu tapi depa paraid dikalangan depa. Tukang lobi projek dapat sikit, Ketua Bahagian dan AJK bahagian yang berkenaan dapat sikit, ketua cawangan, ketua pemuda, puteri semua dapat sorang sikit.

Pasai tu la pemimpin Umno ni memang nampak mewah. Depa bukan saja nampak mewah tapi memang mewah. Kerja tak payah buat, modai tak payah keluar dan langsung takdak risiko. Yang keluar pun mungkin modai air liur.

Dikalangan pemimpin PR pun aku rasa ada jugak spesis macam tu tapi tentu punya sorang dua saja tak seramai yang dalam United Malay National Organisation dan BN yang boleh kata semua jenis macam tu.

Depa-depa ni bukannya peduli pasai rasuah ni, walaupun depa tau memang ada pemimpin United Malay National Organisation dan BN yang kena tindakan pasa rasuah tapi depa jugak tau yang kena tindakan tu cuma sekadar kambing hitam. Kalau nasib tak baik sangat kut baru nak kena tindakan.

Kalau projek yang ada papan tanda macam gambar kat atas tu, memang kompom depa guna formula yang lebih kurang sama, tentu punya ada rasuah atau dalam istilah United Malay National Organisation dan BN untuk bagi tak nampak macam salah depa panggil 'ketirisan'.


No comments: