Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Bersih 2.0 Group Transnasional Parit Buntar ( Siri 2 )

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 2

inilah polis yang hampir-hampir menangkap kami di Masjid Negara

Tatkala hati masih gelisah ditangkap, kami semua bergerak terus ke Stesen KTM yang tak berapa jauh dari Masjid Negara. Hanya beberapa puluh meter dari Masjid Negara. Kami berkumpul dalam keadaan masing-masing tidak tahu hala tuju. Mana tak nya, demonstrasi difahamkan akan bermula jam 2.00 petang kalau di ikutkan masa sebenar. Sekarang baru jam 9.15 pagi.

Maknanya kami perlu berkeliaran hampir 5 jam lagi untuk berdemonstrasi. Dalam keadaan yang hampir kembali tenang di KTM, sekali lagi kami dikejutkan dengan kehadiran puluhan polis yang datang.

Dengan nada yang tegas dan kasar polis tersebut membuat pengumuman “ sesiapa yang mempunyai tiket KTM sila angkat dan tunjuk, dan sesiapa yang tidak punyai tiket KTM sila beredar dari stesen ini segera”. Ketika itu terdengarlah laungan takbir yang bergema dari pejuang-pejuang Islam.

Yang menghairankan Ana, sesiapa yang takbir, akan di tangkap dan terus dibawa kemana, Ana pun tak pasti. Polis tersebut sambil nada sinis mengatakan “nak takbir balik rumah, zikir di rumah kuat-kuat, sapa pun tak ganggu”.

Ini polis yang nak jaga keamanan Negara beragama Islam, akan tetapi mempersendakan kalimah ALLAH. Subhanallah Ana berfikir. Jahil sungguh polis-polis ini, terima arahan membuta tuli dari pimpinan atas, sampai sanggup gadaikan akidah.

Penangkapan dibuat di dalam pekarangan stesen KTM

Bermulalah dari sini Ana dan Joe Pg terus beredar dari KTM dan kami membuat keputusan akan ke Berjaya Time Square untuk habiskan masa di sana. Kami hanya berdua berjalan kaki ke sana hampir 10 km dengan ditemani secebis semangat yang ada.

Dalam perjalanan Ana sempat lihat berpuluh-puluh trak FRU di kiri dan kanan. FRU tersebut memerhati kami dari jauh. Ana harapkan semoga kami tidak di tangkap ketika dalam perjalanan. Kami tiba di Berjaya Time Squre jam 12.13 pm.

Alhamdulillah, kami berdua sempat sampai kesana dengan selamat. Kami membeli tiket wayang Transformer untuk memujuk hati ini supaya tenang dan tenteram agar dapat melupakan Abang Kepala Merah buat seketika. Terfikir dalam hati ini habis menonton wayang akan terus bergegas ke Stadium Merdeka.

Tentu korang hairan kenapa kami membeli tiket wayang sedangkan matlamat asal adalah Perhimpunan Bersih 2.0?


Kami membuat keputusan untuk menonton wayang disebabkan keadaan yang agak tidak menentu. Jika kami berkeliaran di luar sana besar kemungkinan kami akan ditangkap. Ditangkap sebelum berjuang adalah satu pekara yang tidak diinginkan oleh pejuang seperti kami.

Jika ditakdirkan ditangkap, biarlah ditangkap ketika berjuang bukan ditangkap sebelum berjuang. Polis berkeliaran di merata tempat. Ana dan Joe Pg bukanlah orang tempatan yang mahir selok-belok Bandar KL ini. Kami telah pun terpisah dari kumpulan asal.

Kami tidak tahu lagi kemana yang harus kami tuju. Berjaya Time Square adalah tempat yang kami rasa selamat buat sementara waktu. Terasa menjadi pelarian di Negara sendiri.

Ketika kami tidak keruan serta dalam keadaan tertekan, taktala mendapat berita masih berlarutan ada kestangkapan dibuat, ketika semangat kami hampir lemah serta perasaan bercampur dengan takut, atas sebab itulah kami membuat keputusan untuk berada di Plaza Berjaya Time Square.

Sebenarnya berat juga hati ini untuk masuk ke pawagam, akan tetapi memandangkan kami perlu tunggu hampir 2 jam lagi, dengan hati yang berat terpaksa lah juga.

Jam telah menandakan waktu tayangan hampir tiba. Kami lihat waktu ketika itu tepat jam 12.17 pm (09.07.2011). Tayangan bermula jam 12.30 pm. Ketika mana kami dalam keadaan gelisah menuju ke dewan tanyangan, telefon bimbit Ana berbunyi.

Ketika itu Ana telah mendapat panggilan dari sahabat baik Ana Siper Fisabilillah yang mengatakan perhimpunan (kumpulan perhimpunan pertama) sudah pun bermula.

Difahamkan keadaan di sana meriah dan juga sudah ada tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. Bermula di kawasan Pejabat Pos Besar betul-betul di bangunan besar Daya Bumi.

Ketika itulah datangnya semangat entah dari mana, terasa seperti mati hidup kembali. Tanpa sebarang alasan kami terus membatalkan niat kami untuk menonton wayang.

Kami terus bergegas meunuju ke bangunan Daya Bumi dengan semangat yang berkobar-kobar. Ana dan Joe Pg pun hairan mana datangnya semangat ini.

Ketika dalam perjalanan ke sana kami bertembung dengan aktivis yang datang dari kedah Johor. Katanya baik kita terus ke stadium Merdeka atas sebab ianya sudah hampir dengan kedudukan kami ketika itu. Ana dan Joe Pg pun tak tahu yang kami berada sudah hampir dengan stadium Merdeka.

Kami pun terus menyertai kumpulan tersebut. Inilah yang di katakan takdir Allah SWT. Jika niat baik dibalasnya dengan baik, jika sebaliknya dibalas dengan sebaliknya pula. Kami melalui balai polis besar(IPK Kuala Lumpur) yang Ana pun tak pasti balai polis apa entah.

Ana dan kumpulan tersebut terus berjalan dengan niat nak menuju ke stadium Merdeka, akan tetapi kami terjumpa kumpulan perhimpunan yang kedua (kumpulan perhimpuan kedua) sedang menunggu waktu zohor untuk solat berjemaah di Masjid Al-Bukhori.

Tak terlintas pun yang Ana dan Joe Pg akan jumpa kumpulan tersebut. Kami solat Zohor berjemaah bersama. Selesai sahaja solat zohor berjemaah, kami terus keluar. Kami dapati orang ramai mula berkumpul untuk memulakan perhimpunan.

Ana dengan Joe Pg yang telah disuntik semangat baru terus menyertai perhimpunan. Dengan laungan takbir yang begitu kuat kami terus begerak ke stadium Merdeka. Akan tetapi perjalanan kami di halang oleh sepasukan kecil di hadapan.

Pimpinan kami yang saya tak kenal mengarahkan kami bertahan sahaja di persiaran Masjid Al-Bukhori. Kami berpatah balik dan pimpinan merancang perjalanan perarakan yang baru. Dalam suasana yang tenang muncul unit amal dan penunjuk jalan yang membawa kami terus ke jalan berhampiran dataran Maybank.

Perjalanan kami terhenti disebabkan disekat oleh kepungan FRU di hadapan. Ana mula rasa cuak dalam diri ini. Malah Joe Pg pun begitu. Keadaan mula bertukar menjadi agak tegang. Tidak jauh dari tempat kami berhimpun terdapat satu lagi kumpulan yang jaraknya hanya 200 meter dari kami.

Tidak lain tidak bukan kumpulan PATRIOT (pejuang takut gas pemedih mata, mati lagi takut sebab belum sempat bertaubat) dengan bangga membawa bendera Malaysia lebih kurang 200 orang. Gamaknya penyokong diorang nie mungkin terkandas dek sekatan polis kot.

Tak berapa ekor jer yang ada. Ana perhatikan gerak-geri mereka. Ana perasan baru kena tembak satu gas pemedih mata sudah lari lintang pukang.Tinggal bendera Malaysia di atas jalan. Ceh, pooorahhh, kata pejuang bangsa. Baru kena tembak satu das dah hilang. Memang pejuang takut mati.

Nantikan sambungan seterusnya.

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

No comments: