Tuesday, January 17, 2012

PARASIT!!! Ketuanya sudah dipecat


Post Pic
KUALA LUMPUR, 17 JAN - Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menggelar Datuk Dr Hasan Ali sebagai “Ketua Parasit” jika benar parti itu dibolos oleh golongan berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Setahu saya tidak ada parasit. Kalau dia tau, maknanya dialah ketua parasit. Tentulah senarai parasit ada ditangan ketua,” kata beliau kepada antarapos.

“Kami duduk dalam Pas pimpinan tertinggi kata tidak ada parasit. Tiba-tiba dia kata ada. Hanya ketua tahu nama-nama parasit. Kita nak dengar ketua parasitnya memberitahu senarai parasit dalam Pas ini siapa,” tambah beliau.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi enggan mengulas dakwaan Datuk Dr Hasan Ali bahawa perjuangan Islam parti itu diancam oleh sekumpulan parasit yang memegang jawatan penting di dalamnya.

"Saya tak mahu komen berkenaan kenyataan beliau (Hasan Ali) berkenaan isu itu. Saya lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja," kata beliau kepada antarapos.

Hasan bagaimanapun dikecam oleh Pemuda Pas Selangor selepas beliau mengumumkan akan menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan "parasit" parti itu, yang menurut beliau turut mendalangi pemecatannya.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor Mohd Sany Hamzan menyifatkan sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh ‘dikawal' oleh peraturan parti.

"Dewan Pemuda PAS Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk ‘menjelajah' seluruh negeri Selangor untuk menjawab tohmahan dan fitnah Datuk Hasan terhadap PAS sekiranya beliau masih lagi memperlekehkan dan menghentam PAS secara terbuka," kata beliau.

Beliau menyifatkan Hasan sebagi seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh ‘dikawal' oleh peraturan parti.

Sehubungan itu, Mohd Sany berkata, pihaknya berharap Hasan menyedari kesalahannya dan memohon maat atas "ketelanjuran dan keceluparan" beliau sebelum ini.

Bekas exco kerajaan Selangor itu dipecat oleh Pas minggu lalu kerana dituduh bertindak membelakangi kepentingan Parti. Beliau juga dilucutkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Hasan menuduh Pas memecatnya akibat tekanan Parti Keadilan Rakyat yang marah kerana beliau meminta mahasiswa tidak menyertai perhimpunan semepena keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari lalu.- antarapos.com

3 comments:

KAW said...

DrHasan... teruskan perjuangan! Kami akan bersama pahlawan yang sanggup menentang Al-Kafiruun! Sepatutnya Islam memimpin tapi sejak berkawan dgn Al-Kafiruun, yang kafir pulak memimpin! Apa ke hal perjuangan Islam macam ni?

Anonymous said...

pencacai umporno yang terpaksa membela Hasan Ali setelah ahli pas buat tak peduli

JAKA said...

KAW....

kau cakap tuju kepada umno kan?
sebab umno memerintah dan berkawan dgn kafirun (mca mic dan APCO)

semuga umno baca tulisan kau sindir pada mereka. ada kah perjuangan islam mcm umno tu.