Monday, January 16, 2012

PARASIT !!!! Nak tahu siapa? Mari baca siapa 'Parasit' di dalam PAS

Bekas Naib Presiden PAS yang dipecat, Hassan Ali menyatakan bahawa beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan siapa 'parasit' di dalam PAS. Siapa 'parasit' itu? Ternyata Hassan tidak dapat menerima pemecatan yang dikenakan kepadanya atas kesalahan dirinya sendiri yang tidak berdisiplin dan tidak menerima keputusan jemaah.

Dalam PAS memang semuanya 'parasit' iaitu 'parasit' kepada Umno. Itulah sifat pemimpin dan ahli PAS iaitu akan berusaha untuk menumbangkan Umno/BN pada PRU 13 nanti.


Mungkin Hassan Ali cuba memporakperandakan PAS dengan mengungkit perkara lama dengan iaitu pertelingkahan dan perselisihan yang pernah berlaku dalam PAS dan gerakan Islam di kampus pada era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an.


Beliau cuba untuk 'membongkar' semula cerita tentang kumpulan IRC, JIM, Abim dan sebagainya. Hassan mula menuduh ujudnya kumpulan 'Anwarisme' dan menyatakan bahawa kumpulan 'Anwar' ini cuba meng'Anwar'kan PAS.


Semua ahli PAS tahu asal usul pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Kebanyakan mereka memang berasal dari kumpulan tertentu sebelum menyertai PAS. Tetapi bila mereka menyertai PAS, mereka ditarbiah menjadi ahli PAS dan tidak lagi memberikan wala' kepada kumpulan lama mereka. Jadi tidak perlulah Hassan Ali mengungkit cerita lama ini kerana ianya sudah selesai puluhan tahun dahulu.


Ahli PAS tahu siapa yang berasal dari Abim, JIM, IRC hatta Umno. Tetapi isu ini tidak berbangkit lagi. Ahli dan pemimpin PAS sudah matang. Tidak perlulah Hassan Ali hendak mengungkit cerita ini.


Semua keputusan dibuat secara syuro dan berjemaah. Malah Majlis Syura Ulama' menjadi badan tertinggi bagi menentukan hala tuju parti.


Parasit di dalam PAS ialah mereka yang tidak menerima keputusan jemaah, mereka yang membuat keputusan sendiri, mereka yang ada kepentingan diri, mereka yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka, mereka yang tidak mahu berbincang dalam mesyuarat tetapi lebih suka membuat kenyataan media. Mereka inilah 'parasit' yang sebenar. Parasit ialah ahli parti yang ego, besar kepala dan merasakan diri mereka hebat dan pandai, lebih pandai dari jemaah, kepimpinan jemaah dan majlis syura.


Parasit seperti mesti dibunuh dari parti, mesti dibuang dari parti dan mesti dicantas dari parti. Kalau hendak tahu siapa parasit yang sebenar orang itu ialah AHLI PARTI YANG DIPECAT DARI PARTI. ORANG ITULAH PARASIT YANG TULEN YANG MEMBAHAYAKAN PARTI. Kini PARASIT itu telah dibuang dari parti yang sedang terlolong-lolong keseorangan mencari belas ihsan dan simpati.Mutaligat

Apa yang Hasan Ali canangkan mengenai 'parasit' , sebenarnya sudah dimulai dengan pembinaan blog
Berubahlah Sekarang Selamatkan PAS dan Facebook Selamatkan Harakah

Seperti ada persamaan yang mudah difahami. Mereka berselindung di sebalik blog dan facebook .

Mereka tidak mahu dikenali supaya mudah pecah belahkan perpaduan dalam organisasi PAS.


Mereka yang membina blog Berubahlah Sekarang Selamatkan PAS

Mereka yang membina Facebook Selamatkan Harakah

Selagi mereka berselindung. Mereka-mereka ini adalah contoh parasit sebenar

admin

8 comments:

1Crony said...

Hassan Ali ini bukannya Parasit tetapi Pelesit di dalam PAS. Dah lah muka hodoh, bercakap tiada hujung pangkal, tiada fakta, tiada intonasi dan tiada kredibiliti.

Anonymous said...

ntah2 admin ni parasit yg disebut-sebut tu..

Anonymous said...

ye ke parasit irc, suara islam dan erdogan bagi wala pada pas? dah tua baru nak masuk pas tu pun sibuk nak jadi yb...kalau ikhlas knp tak berjuang dr bawah? akhirnya ramai yg benar2 ikhlas pd pas tersisih walau mrk ini ditarbiah dlm pas. Mungkin struktur pas memudahkan ia di hinggapi parasit dan pelesit spt admin...

Anonymous said...

aku dr dulu lg ,memang lgsung x brkenan dgn hassan ni..vevual loya nk baca apa2 pasal dia ni..eeee..parasit,dh nk bersekutu dgn katak,tak lama lg jd sahabat baik sesumpah..ada sekor lagi menatang tu..ntah aku dh lupa..kah kah kah kah...!!! ( aku org Sarawak)

Anonymous said...

hah ada yang marah, ni mesti pembina blog dan facebook di atas.

Nak marah admin paspb buat apa , betul la dia kata. kalau tak nak jadi parasit dalam pas dedahkan diri supaya semua orang kenal.

Pakcu Noh said...

tak apa sedikit hari lagi taulah siapa. nak tau siapa? cuba intai celah kelambu ada nampak tak "pijat" yang tiba2 sampai dan hisap darah... ha itulah dia. Kesian penyokong setia berkorban apa sahaja, akhirnya tersingkir. Lagi satu kalau nak tau... puak pepijat ni, bila gigit sakit, gatal pulak tu. Itulah jenis parasit no wahid. Cara dia berkata-kata memang menyakitkan hati, dan kurang ajar.. boleh faham?

anak parasit, dah tau buat2 tak tau dan spin... macam anwar juga.

Kalau tak nak faham pun tak apa, nanti bila ulama hilang kuasa, dan majlis syura diganti dengan orang yang mereka pilih, barulah nangis... tu pun kalau nak nangislah.

Rancangan parasit ni ialah untuk menyerapkan PAS dalam PKR, bukan sebaliknya sebab itu PAS perlu diliberalkan dahulu. Tetapi nampaknya susahlah sikit bila rahsia terbungkar.

Terserahlah nak terima ke tidak.. ana cakap yang betul.. soheh. Ulama dah mula kena kencing dengan harakah yang dikuasai parasit.Dr Harun din akan tersingkir, Hj Hadi akan tersingkir, lihatlah cara parasit buat tomahan, senang jer... UG !!!...

Anonymous said...

cakap orang yang tidak puas hati sukar dipercayai. percayalah kepada kepimpinan yang dipilih dalam muktamar. jika tak setuju pilih lah orang lain. jika nak pilih ulama memimpin, ustaz2 yang dok di kawasan kena berani la wakaf diri untuk pas. ini tidak, nak cari sorang dua pun payah. semua dok takut akujanji, sedang yang tak ustaz tak takut pun aku janji. bila ustaz tak bernai ke depan macam mana pas nak dipimpin ustaz / ulama

Anonymous said...

artikel yang ekstrem, artikel yang bullshit