Friday, January 20, 2012

PAS Parit Buntar ganti bumbung baru untuk penduduk

http://3.bp.blogspot.com/-TTE0r8-Wdks/TxJ1cO1GYCI/AAAAAAAAAYU/0tbnsM5mp1w/s1600/10.jpgPARIT BUNTAR, 21 Jan. : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dengan kerjasama Unit Amal Parit Buntar serta Nisa' Parit Buntar terus menabur bakti kepada masyarakat dengan bergotong royong memperbaiki dan menganti bumbung rumah seorang penduduk di Parit Haji Abd Rahman di sini.

Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Dewan Muslimat mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan rumah yang uzur pasangan warga emas Ahmad Haji Salleh, 70 dan Normah Ariff , 63.

" Dewan Muslimat telah menjalankan kutipan derma untuk menampungkeseluruhan kos membeli zink yang baru.

“ Setelah kos mencukupi , kami meminta bantuan Unit Amal untuk
bergotong royong mengantikan zink rumah Pak Cik Ahmad yang bocor "Katanya

Menurut Rahimah, Pak Cik Ahmad mempunyai masalah penglihatan dan telah mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“ Kami dimaklumkan bahawa Pak Cik Ahmad telah memohon bantuan dari pihak JKM sejak tahun 2009, namun gagal.

“ Memanglah Pak Cik Ahmad mempunyai lima orang anak, tapi empat
daripadanya perempuan yang sudah berkahwin dan menjadi suri rumahsahaja” katanya

Rahimah berkata , seramai lapan anggota Unit Amal dan seorang tukangrumah tempatan telah menyiapkan penukaran bumbung lama dengan zink yang baru.

“ Gotong royong ini bermula dengan menanggal zink lama yang uzur dan
bocor , kemudian diganti dengan zink baru

“ Sebanyak 40 keping zink baru telah digunakan untuk memasang
keseluruhan bumbung rumah Pak Cik Ahmad “ katanya

Sementara itu, Pak Cik Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak
yang terlibat membantu memperbaiki dan memasang zink baru di rumahnya.

" Sebelum ini, bila hujan rumah Pak Cik basah kerana zink bocor.
Syukurlah pada hari ini, pihak PAS telah memberi bantuan menukar
bumbung lama dengan baru.

“ Jika dulu Pak Cik rasa bimbang dengan keadaan bumbung yang bocor,
namun sekarang tidak lagi kerana pihak PAS telah pasang bumbung yang baru” katanya

Gotong royong ini turut disertai Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun
Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Mahyudin Ibrahim.


Membuka bumbung lama yang uzur dan bocor


Anggota Unit Amal sedang memasang zink baru

http://2.bp.blogspot.com/-bqs68TksOdU/TxJ1cUVwGcI/AAAAAAAAAYg/WuzEYxG6Qtk/s1600/9.jpg
Anggota Unit Amal bersama Pak Cik Ahmad dan Mak Cik Normah
dihadapan rumah yang sudah siap dipasang bumbung baru

No comments: