![](http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Foto0050.jpg)
Menurut Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Hairul Nizam
Ishak, program itu merupakan aktiviti bersama rakyat yang dilaksanakanLujnah Kebajikan secara berterusan.
“ Program hari ini mendapat kerjasama Lujnah Perpaduan Nasional
memandangkan ianya dilaksanakan di komuniti masyarakat Tionghua diTanjung Piandang.
“ Semua akitivi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang
baik daripada masyarakat Tionghua di sini” katanya
Beliau berkata, khidmat kesihatan secara percuma diberikan oleh doktorsukarela dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa orang pembantu perubatan bertauliah.
“ Selain mendapat kaunseling kesihatan, penduduk juga menerima khidmat ujian glukosa, tekanan darah dan berat badan unggul.
“ Sambutan hangat diterima dari penduduk dan lebih 200 orang telah
menerima khidmat kesihatan yang ditawarkan “ katanya
Hairul Nizam berkata, seramai sepuluh orang warga emas yang dipilih
telah menerima sumbangan dari Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid
Yusuf Rawa semasa program ini.
“ Ahli Parlimen Parit Buntar turut memberi dana kepada urusetia
program bagi menyediakan roti canai dan teh tarik kepada penduduk yang hadir.
“ Kami akan meneruskan program kebajikan ini memandangkan sambutan yang sangat baik dari penduduk setempat” katanya
Turut hadir hadir ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua
PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain
Desa, Pegawai Khas Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad dan AJK DHPP Parit Buntar Teoh Bak Chua
![](http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Foto0052.jpg)
Orang Melayu turut menerima khidmat kesihatan
![](http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Foto0048.jpg)
Roti canai dan teh tarik disediakan Ahli Parlimen kepada penduduk
![](http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Foto0044.jpg)
Ahli Parlimen Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan
![](http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Foto0057.jpg)
![](http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Foto0059.jpg)
Dr. Mujahid sedang ditemuramah wartawan
No comments:
Post a Comment