Monday, January 9, 2012

PILIHAN DATUK HASAN ALI!!! Buat rayuan atau sertai samada UMNO, PERKASA , ISMA

http://3.bp.blogspot.com/-18OYj0-tHpE/TrOGeVScmlI/AAAAAAAABOI/tVlEidpt0uY/s400/hasan_ali%255B1%255D.jpgYang mana satu pilihan Datuk Hasan Ali ?

1. Membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama - Buangkan sifat ego , mengakui kesalahan yang telah dibuat.Itulah yang terbaik.

2. Memohon menyertai UMNO - Tapi setakat ini , tiada sorang pun pemimpin UMNO mempelawa. Najib pun macam tak layan. Tidak seperti semasa beliau belum dipecat. Jika diterima menjadi ahli UMNO , mungkin akan menerima nasib yang sama macam Nakhaei. Payah nak merasa jadi Menteri Agama.

3. Menyertai PERKASA - Seperti pelawaan Ibrahim Ali. Tapi benarkah beliau akan dilantik sebagai Presiden PERKASA atau Ibrahim Ali ajak-ajak ayam sahaja. Jika beliau sertai PERKASA, bersedialah beliau menjadi macam Ibrahim Ali dan Zul Kulim. Menjadi mangsa sendaan, cercaan dan penghinaan kerana perjuangan PERKASA yang rasis serta menyebelahi UMNO.

4. Menyertai ISMA - Kesungguhan ISMA menyokong beliau ketara sejak kebelakangan ini. Ketua ISMA pun sanggup membuat kenyataan menghentam PAS menyokong beliau. Terbaru Ketua No 1 dan No 2 ISMA turun ke rumah beliau selepas dipecat menunjukkan sokongan. Perjuangan ISMA dengan tema 'MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT" mempunyai persamaan dengan perjuangan beliau. Jika beliau menyertai ISMA sudah tentu ISMA ada kekuatan menjadi parti politik Melayu Islam yang baru. Beliau juga layak mengetuai ISMA ini samada sebagai NGO atau parti politik.Admin

Kini Hasan Ali wakil rakyat Bebas, rayu jika mahu kekal, kata PAS

KUALA LUMPUR — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali agar mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin terus bersama parti Islam itu dan digelar “wakil rakyat PAS.”

Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS pusat berkata Hasan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Jelas beliau, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Hasan (gambar) hilang kelayakan untuk terus bertanding atas tiket PAS.

“Dalam tempoh 30 hari beliau (Hasan) boleh membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama, status beliau sekarang adalah wakil rakyat Bebas... kecuali beliau buat rayuan dan diterima beliau akan kekal sebagai wakil rakyat PAS sekiranya rayuan itu diterima.

“Bila sudah dipecat beliau bukan lagi ahli dan wakil rakyat PAS, beliau hanya ada peluang 30 hari untuk membuat rayuan,” kata Tuan Ibrahim menambah peluang Hasan membela diri masih ada melalui Majlis Syura Ulama sekiranya exco kerajaan negeri Selangor itu tidak berpuas hati dan merasakan diri tidak mendapat keadilan.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia kelmarin dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Menurut Tuan Ibrahim, peluang kedua yang diberikan parti harus digunakan sebaik-baiknya oleh Hasan menambah “jangan menggunakan saluran lain selain parti.”

“Kalau guna ruang lain kita tidak mahu komen apa yang beliau nak cakap, itu hak beliau.

“Tetapi adalah lebih baik untuk gunakan saluran yang parti berikan,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

biar dia memperjuangkan islam dlm umno, kita tengok setakat mana pencapaiannya. umno memang menghargai ulamak dan ustaz sebegini, tengok saja berapa ramai mereka telah berjaya meng 'imam'kan ahli2 umno, duit zakat tak usik, duit anak yatim tak sentuh duit rasuah jauh sekali apatahlagi nak menghina syariat islam.
selamat berjaya hassan akidah.

jusoh che long said...

1.sertai perkasa.buat summer camp untuk ahli2 ajar cara2 solat sunat waktu2 haram.
2.sertai umno.umno memerlukan pakar akidah.
3.pegi mati.

Anonymous said...

Mcm lah dia sorang aje yg perjuangkan bangsa, agama dan raja2 melayu... kalau betul dia perjuangkan agama suruh umporno tutup kedai 4 digit dan TOTO dulu... kedua2 permis tu 'judi halal' bagi umporno.... benteras tu dulu..... ade fhm ke ADUN Gombak tak Setia...?

Anonymous said...

masuk je UMNO jadi penasihat barisan BN...dan insafkan mereka yang terlibat dengan arak...rasuah...fitnah...dan pengkianat.