Sunday, January 15, 2012

PUTAR BELIT MEDIA UMNO!!! Tak siar penuh kenyataan Anwar, Harusani pun betul bendul percaya hidup-hidup


Setelah DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat si Saiful, media media cetak yamg menjadi tunggangan UMNO/BN terkial-kial untuk mencari isu bagi meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim dimata pembacanya yang sebahagian besarnya jauh dari capaian internet.

Kali ini media-media tunggangan UMNO/BN memainkan isu kononnya DS Anwar Ibrahim dalam satu temuramahnya selama kira-kira empat minit oleh BBC Asia yang berlangsung pada 12 Januari lalu.

Media-media tunggangan UMNO/BN iaitu Utusan/Mingguan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan hanya sebahagian dari temubual tersebut untuk memperlihatkan seolah-olah DS Anwar Ibrahim menyokong golongan .

Dimana Utusan/Mingguan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO telah menyairkan di bawah tajuk “Anwar ulas isu Gay”..
Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” – Utusan/Mingguan
Manakala Berita Harian pula telah meminta pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang jelas tidak tahu menahu apa sebenarnya diucapkan DS Anwar dalam temubual itu.
.
Dan melaporkannya di bawah tajuk “Tindakan Anwar sokong homosexual dikecam”..
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.

Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu – Berita Harian.
Benarkan DS Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap golongan homoseksual sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu?

Mari kita lihat ayat apakah yang tidak disiarkan sama sekali oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu.

Kedua-dua media tunggangan UMNO/BN itu telah menyiarkan terjemahan ayat dibawah ini..
A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned, to which he had allegedly said “we will have to review some of our archaic laws.”

“We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between men and women, but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant,” Anwar told BBC.
Tetapi petikan ini iaitu ayat yang disebut DS Anwar Ibrahim selepas ayat di atas tidak disiarkan sama sekali oleh mereka..
Anwar had also said Pakatan Rakyat (PR) was of the view that “we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”
Kata DS Anwar Ibrahim “we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”

Ayat yang jelas membuktikan beliau tidak menyatakan sokongan terhadap homoseks..

Kalau korang tak faham.. copy ayat tu dan gunakan google translate..

Video temubual tersebut sila lihat di SINI

ASD

5 comments:

Anonymous said...

Sah kor yg kena putau...not promote in public domain tapi secara diam diam boleh... Sokong lah aljubs tu...ptuiii

Anonymous said...

Sah kor yg kena putau...not promote in public domain tapi secara diam diam boleh... Sokong lah aljubs tu...ptuiii

Anonymous said...

Biasalah umporno dan utusan meloya dh dkt PRU13 ni akan ade budak bisu pulak diliwat DSAI senang tiada soaljawab dimahkamah maka sah DSAI kaki liwat... Jgn terkejut pulak bila terdesak nanti Senator Ezam pulak dakwa diliwat DSAI semasa dia dlm PKR.. tunggulah bila hampir PRU nanti....

hamba Allah said...

media pencacai umno/bn sudah biasa dengan memutar belitkan fakta.hendaklah kita peka..budaya ni sudah lama berleluasa.sejak zaman mantan pm.mahathir..
bagaimana beliau boleh menafikan segala tuduhannya terhadap D.S.Anwar Ibrahim,ketika berada di bawah platform PAS(sememangnya D.S.A.I telah di fitnah)..seperti yg benar di ketahui,ketika itu beliau mempunyai masalah dalaman umno/bn kerana tidak sebulu dengan mantan pm.pak lah..dalam pada itu suara beliau langsung tidak di endah oleh ahli lain dan lebih2 lagi beliau dipulau oleh segelintir ahli..(matlamat beliau untuk menyegerakan pelantikan p.m najib)setelah di lihat pemerintahan mantan p.m pak lah tidak sekejam beliau untuk menjatuhkan D.S.A.I buat kali kedua,namun apa yang berlaku adalah sebaliknya..di mana,era pemerintahan mantan p.m pak lah dilihat lebih berdemokrasi.jika di ingat kembali,buat kali pertama dalam sejarah media nasional malaysia menyiarkan rancangan debat politik di antara D.S.A.I dan shabrey cheek.satu tamparan hebat buat umno/bn bilamana D.S.A.I bersuara untuk rakyat..berbalik kepada mantan p.m mahathir.(sebelum PRU-12)dalam kenyataan beliau,apa yang telah di lalui oleh D.S.A.I adalah dizalimi dan segala tuduhan yang di lontarkan adalah tidak benar sama sekali.pada masa itu juga,beliau telah membuat kenyataan mohon maaf kepada D.S.A.I..(hampir PRU-12)kenyataan telah terbalik dan berjuang kembali pada flatform asal.pelbagai kenyataan,kritikan dan tuduhan yang melampau keatas D.S.A.I dan T.G.D.Nik Aziz..peroalannya,apakah yang diperjuangkan umno/bn sebenarnya?membela nasib rakyat atau nasib sendiri?

Anonymous said...

xpa biaqpie depa,depa ingat orang kat luaq suka depa memohong melalut-lalut lagu tu,cuma satu kalau dalam PRU 13 puak depa nie tersungkur kita tangkap kita ikat dan bakaq hidup-hidup.