
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata ,seramai 160 orang miskin Cina diberikan sumbangan angpau dan buah limau.
" Penyampaian sumbangan diadakan tiga kawasan komuniti orang Cina di Pekan Baru Parit Buntar, Kuala Bagan Tiang, Pekan Kuala Kurau, Pekan Tanjung Piandang
" Ajk DHPP Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya
Azhar berkata, sebanyak seribu kad dan 2000 biji limau turut diedarkan kepada masyarakat cina seluruh Parit Buntar dalam misi turun padang ini.
" Lokasi penyampaian kad dan limau ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti Pasar awam di Pusat Bandar Parit Buntar ,Pekan Lama Parit Buntar, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
" Pesuruhjaya PAS Perak, Ahli Parlimen , ADUN Kuala Kurau dan pimpinan PAS Parit Buntar turun di kesemua lokasi berkenaan untuk bertemu masyarakat Cina" katanya
Turut sama menjayakan program ini AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS, Unit Amal dan Nisa' Parit buntar.
Pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua turut sama menyertai misi ini.


Penyampaian sumbangan kerusi dan meja untuk Dewan Cina Kuala Bagan Tiang.


YDP, Harun Hashim dan Timbalan YDP, Baharin Mat Desa menyampaikan buah limau kepada penduduk Cina Kuala Bagan Tiang.


Bergambar bersama penerima sumbangan TBC Kuala Bagan Tiang.


Bergambar bersama penerima sumbangan TBC Pekan Kuala Kurau.

Bergambar bersama penerima sumbangan TBC Pekan Tanjung Piandang


Dr Mujahid dan Ricky Tang AJK DHPP Parit Buntar menyantuni seorang warga emas


Dr Mujahid dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional, Ahmad Azhar Shahrin menyampaikan buah limau di Pasar Awam Pusat Bandar


Pesuruhjaya PAS Perak,Abu Bakar Husain bersama penyokong PAS dari kaum Tionghua.


Dr Mujahid dan Teoh Bak Chua, AJK DHPP Parit Buntar, bermesra dengan peniaga di Pekan Lama Parit Buntar


Rombongan misi bertemu masyarakat Cina sempena TBC di Parit Buntar
No comments:
Post a Comment