Friday, February 24, 2012

BAGI PADA BN!!! GLC jadi lubuk duit pemimpin UMNO

Oleh: SAIBURI SUDIN

Ada orang komplen, Kedah La punya ‘scoop’ asyik-asyik STDC, tak adakah GLC lain yang menyeleweng di zaman BN? Jawabnya.. belambak! Cumanya kita nak focus STDC dulu. Camna pun supaya rakyat tak bosan asyik STDC, STDC.. kita alih GLC lain pulak.

Pembinaan Sintok Sdn Bhd (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Elaun Ahli Lembaga Pengarah PSSB di zaman BN ialah sebanyak RM20 ribu sebulan. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima elaun bulanan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang setiap bulan di samping bonus raya RM3,000.


Tidak kisah jika mereka dibayar elaun yang lebih lumayan dari itu jika GLC yang diterajui menunjukkan keuntungan besar. Tetapi Pembinaan Sintok macam berniaga buluh kasap, modal hilang untung lesap.

Mereka diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta.

Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar.

Najwa Bina langsung tiada kemampuan untuk melakukan projek sebesar itu. PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Ia menjadi tandatanya. Transaksi berlaku pada 4 Mac 2008, sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Menurut maklumat dalaman, sebahagian duit tersebut digunakan untuk BN menghadapi PRU ke 12.

Najwa Bina hanya mampu menyiapkan permulaan projek yang dianggarkan bernilai RM2 juta. Kontraktor terpaksa ditukar dan kerajaan negeri yang menanggung kerugian.

Siapakah pemain-pemain kongkalikong dalam isu di atas? Tentulah orang politik BN bersama beberapa KCS yang bersubahat dengan mereka. Siapakah mereka itu?

Tunggu selepas ini….

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

1 comment:

Anonymous said...

Bagus tuan pendedahan ini...teruskan...biar rakyat nampak 'wajah' sebenar pemimpin UMNO ni. Najib dah minta maaf..dah ngaku sila UMNO sebelum tu...baguih la tu....TAPI xkan mintak maaf pakai Ayaq liuq jer...PULANGKAN DUIT RAKYAT YANG UMNO tibai semasa memerintah 54 tahun...baru ikhlas!..setakat ayaq liuq tu bukan tobat...tu tobat taik ayam...JANGAN SERAHKAN KEDAH & MALAYSIA KEPADA PENYAMUN UMNO NI!