Monday, February 6, 2012

MAKIN BENCI UMNO!!! 1 kes dari banyak kes, rakyat layak diketepikan terima BR1M



ADAKAH KERANA PERBEZAAN ANUTAN DAN PEGANGAN POLITIK MAKA SEORANG WARGA EMAS YANG MISKIN PAPA KEDANA BEKAS USTAZ DINAFIKAN HAKNYA MENERIMA WANG RAKYAT BR1M?????


Ustaz miskin terkilan tak layak terima BR1M
Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat Alor Setar, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.


Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.


Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.


"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.


Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.


"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya.


Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.

Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri..BERNAMA


PERLU INGAT... KISAH YANG MENYAYAT HATI INI BUKAN KISAH TERPECIL TETAPI SALAH SATU SAHAJA....ZALIM ATAU ADIL KERAJAAN PUSAT UMNO?????.....

DSINI PERANAN KETUA KAMPONG PERLU JUGA DIPERSALAHKAN TERMASUK PENGERUSI DAN SEMUA AHLI JAWATAN KUASA JKKK KAMPONG BERKENAAN....

HARAP KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI BUKA MATA SIKIT..OMAK KAU

2 comments:

bunbinban said...

Di sini jugak peranan pusat zakat. Jgn tunduk pada kerajaan yg zalim dan PAS sebagai pemerintah wajar sekali mengambil berat kes2 smcm ni. Ikhtiarkan hasil2 zakat utk di salurkan kepada mereka2 yg perlu. Apa guna pusat zakat tersergam indah, kakitangan di bayar gaji namun umat islam masih mengemis utk sesuap nasi. Apa guna zakat di kutip berpuluh juta dan kemana perginya zakat tersebut?. Hairankan?.

Blogger said...

Aku pun naik hairan nak dapat zakat pun kena isi borang,bukan ke ada imam
dan penghulu,takkan tak ambil tahu yang dalam mukimnya ada orang miskin,kerajaan pas pun kena peka,jangan nak beri imbuhan pada pemain bola dan mereka yang mengharumkan negeri kerana sesuatu benda,fikir masalah dan kesusahan rakyat...