Wednesday, February 1, 2012

NOH OMAR GAGAL TUNAI JANJI!!! Pengerusi JKKP letak jawatan, sokong Pakatan

Oleh Afeeqa Afeera
SHAH ALAM 2 FEB : Gagal menunaikan janji pilihanraya umum ke-12 dan sikap sambil lewa Datuk Seri Noh Omar merupakan faktor utama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Osman Shamsudin meletakkan jawatan selepas 28 tahun berkhidmat.

Menurut Osman, beliau meletakkan jawatan sebagai JKKKP secara rasmi pada tahun 2010 kerana kecewa dengan sikap kerajaan BN dan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, segala permohonan bantuan untuk urusan kemudahan infrastrukur dan baik pulih surau juga tidak pernah dilayan.

“Umno-BN hanya mementingkan kroni semata-mata. Segala permohonan peruntukan untuk tujuan pembangunan surau dan jalan raya tidak diluluskan, malah tidak diendahkan.

“Sebaliknya, mereka menyuruh saya meminta dana daripada kerajaan negeri. Tetapi apabila tiba musim pilihanraya, tidak perlu suruh pun mereka akan buat,” tegasnya.


Jelasnya, sebelum Noh dilantik sebagai menteri, beliau begitu mesra dengan penduduk setempat dan memenuhi setiap janji yang dibuat, namun kini tidak lagi.

Ujarnya, keputusan untuk meletakkan jawatan dibuat setelah melihat tiada perubahan dari segi kepimpinan Noh sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

“Bila saya mintak peruntukan, satu pun tidak dapat. Sebagai contoh, kalau saya minta empat, sekurang-kurangnya berilah satu. Ini langsung tak dapat. Mereka kata tiada duit, malah meminta saya untuk memohon dana daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sekarang,” katanya.

Osman dalam pada itu turut berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan negeri kerana banyak menghulurkan bantuan untuk urusan baik pulih kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.

Beliau berkata, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai JKKKP, namun sokongan padu akan terus diberikan kepada Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Noh yg berimej samseng ni bakal MB Selangor bro, boleh ke imejnya sudah cukup mengerut dan tidak mesra rakyat. Tu yg Bung Mokhtar marah sgt tempohari. Selangor PR perintah, MP nya boleh jadi Menteri, Sarawak talian hayat BN/Umporno MP tak dpt ape2 pun.... celakak tu... jgn lupa adek Noh terlibat dlm pengedaran dadah nasib baik Noh masa tu T/ Menteri KDN tentu kawting pya lah....