Sunday, February 26, 2012

PEMBOHONG BESAR!!! Berita Harian lapor berita tidak berasas , kelirukan rakyat Kedah



Alor Setar, 26 Februari 2012 - Laporan Berita Harian kononnya lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah memulau 'mesyuarat khas bersama Menteri Besar' adalah tidak berasas dan bermotif politik.


Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kedah, Musodak Ahmad, mesyuarat yang diadakan di Kompleks PAS Kedah semalam adalah Mesyuarat Lajnah Politik yang membincangkan mengenai persiapan pilihanraya.


"Tidak semua Exco menjadi ahli jawatankuasa Lajnah Politik, antaranya Dato' Dr Hamdan dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad mereka bukan AJK jadi mereka tidak dijemput," ujarnya.


Dato' Phahrolrazi Zawawi, katanya, sedang bercuti, manakala Dato' Amiruddin sudah maklumkan tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di Kuala Lumpur dan Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir bersebab.


"Jadi tak timbul dakwaan Ustaz Azizan diboikot," tegasnya.

1 comment:

Anonymous said...

Pada saya, jika berlaku krisis di PAS negeri, ahli-ahli biasa wajar menunggu kata putus dari PAS Pusat. Jika putih, putihlah jadinya, jika hitam, hitamlah jadinya. Kerana PAS pada prinsip bukan mengikut seseorang pemimpin, tetapi mengikut apa yang diputuskan oleh jemaah.