Sunday, February 19, 2012

RAKYAT MELAKA SEDIA BERUBAH!!!! Datuk Sahak Sudin, Dr. Khalid Kassim bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS


2 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyertai PAS di Melaka malam tadi. Mereka ialah bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka malam tadi.

Dr Khalid (gambar atas) telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Dato' Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Kedua-dua mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan kedua-dua mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN Melaka selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Sementara itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas Pegawai Kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.
\
"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka" ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.

PRU 13: Rakyat Melaka sedia berubah

DURIAN TUNGGAL, 19 Feb: PAS Melaka dengan pimpinan barunya membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan lebih bergaya.

Ia dapat dilihat apabila Melaka menjadi negeri yang paling berjaya dalam persiapan dan sambutan terhadap Konvoi Penerangan PAS yang ke Melaka semalam.

Pekan Durian Tunggal yang biasanya aman dan tenteram penuh sesak dengan konvoi penerangan PAS, petang semalam.

Bepuluh-puluh buah kereta dan motor mengiringi Presiden dan Ketua Penerangan PAS ke pekan itu bagi menyertai majlis hi tea dengan penduduk tempatan.

Mereka yang menyertai majlis itu pula penuh sesak dengan pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India duduk bersama-sama mendengar pucuk pimpinan PAS bercakap kepada mereka.

"Saya rasa Melaka paling hebat sambutan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat yang memimpin konvoi menjelajah seluruh negara ini.

Melaka adalah negeri ke tujuh dalam siri konvoi menjelajah negara menjelang pilihan raya umum ke 13 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Sebelum in mereka ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumaat lepas konvoi ke Negeri Sembilan.

Sambutan yang diterima konvoi ini di Melaka amat mengujakan pimpinan PAS yang menyertai konvoi ini kerana jangkaan mereka tidak sampai ke peringkat itu kerana Melaka antara negeri yang belum mempunyai sebarang wakil rakyat dari PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi walaupun paling banyak bertanding berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.


Ketika membentuk kabinet selepas muktamar lalu, PAS telah melantik pesuruhjaya baru untuk Melaka.

Seorang tokoh muda PAS Melaka, Adly Zahari telah dilantik sebagai pesuruhjaya negeri itu.

Sejak itu, PAS Melaka menampakkan perubahan. Antara langkah awal yang dibuat beliau adalah mengupah satu badan profesional membuat kaji selidik tentang politik di Melaka.

Majlis Hi-Tea bersama pimpinan PAS di Durian Tunggal petang semalam nampaknya antara hasil perubahan yang dibuat beliau dan pasukannya.

Turut diadakan semalam majlis penyerahan borang keahlian kepada ahli-ahli baru PAS yang menyertai parti Islam itu.

Ia disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah itu.

Di majlis itu Abdul Hadi Awang memberikan penerangan yang jelas tentang negara berkebajikan yang menjadi hala tuju PAS kini.

Beliau juga menerangkan dengan jelas perjuangan PAS yang tidak membezakan antara bangsa-bangsa dan kaum di bawah pentadbirannya yang berasaskan Islam.

"Islam meletakkan bangsa-bangsa ini untuk berkenalan antara satu sama lain dan saling berhubungan antaranya bagi melengkapkan kehidupan manusia.


"Misalnya baju yang kita pakai dari kain, kain dari benang, benang dari kapas. Tidak semua orang boleh buat setiap benda itu melainkan ada pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi setiap orang.

"Inilah yang melahirkan pelbagai bangsa itu kerana setiap kumpulan atau kaum mempunyai bidang dan kebolehan masing-masing. Jadi di sinilah lahirnya kerjasama," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang./harakahdaily

No comments: