Thursday, February 9, 2012

TAMPARAN BUAT SHAHRIZAT!!! Gerakan desak letak jawatan tapi Perkasa sedia pertahan Shahrizat

NONEDatuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.

Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.


Dalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau

amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.


Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.


Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.


NONE
Sementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbar
The Star.

1 comment:

Unknown said...

perkasa pengampu besar..gila babi..

tuan blog tolong pautkan www.kakisembang.com dalam pautan blog tuan..

sekian terima kasih