Monday, February 20, 2012

TEMPIK12!!!Ribuan anak muda tolak UMNO di Larut



Larut: Kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,Ustaz Mohd Zawawi Hassan dan Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat,Ustaz Idris Ahmad di bumi Larut hari ini disambut meriah oleh dua ribu anak muda bermotosikal yang bersiap sedia untuk mengiringi pemimpin-pemimpin kesayangan mereka ke Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut(TEMPIK12) di Tapak Kompleks Dana Pembela,Batu 4 Sungai Dendang,Kubu Gajah,Perak
Program yang berlangsung meriah itu mencetuskan satu fenomena baru dalam sejarah politik di Larut apabila PAS kawasan dengan kerjasama dewan pemudanya berjaya menghimpunkan ribuan anak muda dalam sebuah kawasan yang memang terkenal sebagai kubu kuat UMNO sejak dari dahulu..

Melihat kepada lonjakan sokongan anak muda mutakhir ini PAS kawasan menaruh harapan yang amat tinggi untuk melihat tembok kekuasaan UMNO di bumi Larut ini dirobohkan pada Pilihan raya umum(PRU) yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

Tidak dinafikan,jaringan media baru seperti facebook,blog dan twitter telah banyak membantu PAS kawasan menyebarkan maklumat yang tepat kepada seluruh pengundi di sekitar kawasan Larut yang sejak sekian lama dibohongi oleh media-media bangkrap idea parti kerajaan.

Maka tidak hairanlah jika anak muda yang sememangnya merupakan golongan teratas
mendominasi penggunaan laman social di internet sudah beralih arah kepada PAS dan memilih untuk tidak menyokong UMNO parti yang kotor,jijik dan penuh dengan rasuah,penyelewengan dan pembohongan.

Masalah kemiskinan rakyat,kemudahan infrasruktur dan prasana yang tidak lengkap di beberapa tempat dan perkampungan di sekitar kawasan Larut membuktikan bahawa Umno gagal untuk menjalankan amanah dengan baik setelah diberi mandat untuk mentadbir kawasan ini sejak puluhan tahun yang lalu.

Kini sudah tiba masanya untuk masayarakat di kawasan ini turut serta bersama ribuan anak-anak muda yang bijak ini membuat perubahan agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih baik di bawah kepimpinan yang jauh lebih telus dan adil dalam menjalankan amanah rakyat.ShukriloveIslam

2 comments:

Anonymous said...

Org Johor x suka guna perkataan tempik.. Dialek Johor-Jawa bawa maksud kemaluan wanita.

Anonymous said...

hancor umno,takbir!!!