Monday, February 13, 2012

TU DIA!!! UMNO berbulu tengok hasil balak di Kedah

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri memperoleh kutipan hasil hutan melibatkan kawasan balak iaitu sebanyak RM74 juta pada tahun 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abd Ghani Ahmad berkata, perolehan dari sumber itu secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi negeri.

“Bijih besi yang terdapat di Daerah Kuala Muda dan Kubang Pasu yang akan dibuat pengeluaran pertama merupakan sumber perolehan negeri yang baru,” ujarnya.

http://www.kuin.edu.my/v3m/images/stories/newcanselori.jpg
Menurutnya, kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil kini giat dibangunkan mengikut jadual dan kini 54 peratus siap.

“Kemasukan pelajar ke kampus tetap berkenaan akan bermula pada awal tahun 2013. Apabila siap kelak, kampus tetap berkenaan mampu menampung seramai 9,000 pelajar dan Dewan Utama yang dibina di kampus itu turut mampu memuatkan seramai 3,000 hingga 4,000 pelajar,” katanya.

YB. Ghani menjelaskan, antara jurusan yang ditawarkan di kampus tetap itu ialah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.

“Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012 dan mempunyai tasik buatan manusia sepanjang 1.2 kilometer untuk aktiviti sukan dan riadah serta pertandingan sukan air,” jelasnya.

Tambahnya, Taman Insaniah turut dibina oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) sebanyak 1,000 unit bagi kemudahan pelajar-pelajar KUIN, pensyarah serta orang ramai.

“Tapak kampus berkenaan berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah,” ujarnya.

Tambahnya, asrama pula didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat.
Kedahlanie

No comments: