Monday, March 5, 2012

DRAMA NAJIB!!! Tiada maaf bagimu UMNO

SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Razak memohon maaf atas kesilapan Umno BN disifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai drama.

Beliau berkata, Najib cuma mahu meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Tiada maaf bagimu. Tidak… Ini bukan drama sehari. Bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja.

“Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh,” katanya dalam wawancara khas bersama HarakahDaily, hari ini.

Baru-baru ini, Najib mengakui Umno BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu sehingga rakyat tidak mengundi parti itu dan mengulangi kenyataan sama kepada rakyat Kedah dan meminta rakyat di kedua-dua negeri untuk memberi peluang kepada Umno BN untuk memperbetul kesilapan lalu.

Khalid percaya rakyat bijak untuk membuat pilihan yang betul kerana yakin mereka mampu menilai mana yang baik dan buruk.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pakatan Rakyat sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas diberi mandat pada 2008.

“Untuk mengubah perlakuan 50 tahun Umno BN dalam masa empat, lima bukan perkara senang tapi inilah peluang untuk rakyat Selangor membuat pilihan.

“Kita sudah mencuba sedaya upaya. Rakyat Selangor bolehlah membetulkan yang tak betul, menyokong perkara yang boleh diperbaiki dan saya harap peluang (kepada pakatan Rakyat memerintah) berterusan,” katanya.

No comments: