Monday, March 26, 2012

HANYA PENYOKONG PR!!! Polis ambil tindakan tahan reman kepada pengacau ceramah


Kini sudah sah di depan mata bagaimana Umno-APCO menjadikan polis sebagai barua pencacai untuk terus berpaut pada kuasa yang masih bersisa.

Orang yang ditumbuk pula yang ditahan!


Sepatutnya, mengikut akal fikiran waras, orang yang menumbuk yang sepatutnya didakwa, tetapi orang yang menumbuk langsung tidak dikenakan tindakan, malah dilindungi polis dan diberikan layanan istimewa!


Jadi tak payahlah bermaskot bagai kununnya hendak berubah tetapi telunjuk lurus, kelingking berkait!


Terbaru, di negeri Cik Siti Wan Kembang, beradik yang ditumbuk Pemuda Umno kini ditahan reman tujuh hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah.


Bercakap kepada Keadilan Daily, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kejadian malang menimpa Ahmad Amin Deraman, 47 dan Talmizi Deraman, 30an itu berpunca apabila mereka melontarkan kata-kata sinis semasa ceramah anjuran Umno Tanah Merah dan Kemahang 11 Mac lalu.


"Talmizi melaungkan perkataan pembohong, menipu rakyat, cukup-cukup bohong, tiba-tiba Pemuda Umno datang menumbuk beliau, tetapi dibantu abangnya.


"Tidak puas hati dengan serangan itu, mereka menggunakan polis supaya menangkap Talmizi menyebabkan kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 455 iaitu melakukan pencerobohan dan Seksyen 148 mendatangkan pergaduhan gempar," katanya.


Amran berkata, tindakan dwistandard polis membendung kekacauan itu sepatutnya berlaku apabila menangani perbuatan samseng upahan Umno ketika menganggu ceramah Pakatan Rakyat.


"Saya kesal apa yang berlaku, sedangkan ceramah Pakatan yang diganggu sehingga mendatangkan kecederaan dan kerosakan tidak diambil serius oleh polis.


"Kalau betul polis menjalankan tanggungjawab dengan telus, mereka mesti tangkap pemuda-pemuda upahan Umno seperti yang dibuat polis Kelantan," katanya.


Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua beradik itu turut akan dilibatkan insiden membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini.


"Sebelum ini, saya sendiri berjumpa Ketua Polis Daerah Tanah Merah yang mengatakan kes dua beradik itu boleh dibebaskan dengan jaminan polis.


"Tapi ada maklumat mengatakan Pemuda Umno berjumpa pihak atasan supaya dua beradik itu ditahan lebih lama bagi menunjukkan bahawa jika kamu kacau ceramah Umno, ini padahnya," katanya.


Terdahulu, beberapa siri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut diganggu samseng upahan Umno antaranya di Sembrong, Johor dan Melaka.


Namun, sehingga kini polis masih tidak melakukan penangkapan, sedangkan insiden itu mendatangkan kecederaan kepada penyokong Pakatan.

JALAN PULANG

12 comments:

Nazaruddin said...

POLIS is my Public Enemy No. 1

Anonymous said...

Jangan risau saudara-saudaraku sesungguhnya Allah melihat setiap perbuatan hambanya, tunggulah siksa Allah yang amat pedih terhadap Polis yang gagal menjalankan amanah dengan adil dimuka bumi ini.

Anonymous said...

moto ANJING KERAJAAN..TEGAS,ADIL DN BERHEMAH...TEGAS hanya pada pro pembangkang..ADIL utk umnogok sbgai cth tidak perlu PERMIT dn bebas gunakan sekolah,ipta,media dn segala
agensi kjaan dan berhemah terhadap samseng umno tidak perlu/lambat ambil
tindakan pd mereka..klu ada pun utk menutup mata rakyat.semasa DSAI turun
ke sg tgkng b pahat tahun lepas ngara
ibarat berperang dgn seorng pjnayah d
mana semua unit anjing2 dikerah dn dipbodohkan pemimpin mereka

Anonymous said...

Police is my no I very goog friend!! Kalu tak dak Polis hang nak makan pun tak senang. Bukan saja nak makan tak senang, nak berak pun tak senang.

Hanya orang jahat saja yang benci Polis. Memanglah. Jadi Buka mata sikit, kembangkan otak sikit jadilah orang yang baik-baik,baru tahu dunia punya hal.

Yang dok pergi ganggu orang punya majlis apahal?? Cuba pergi ganggu majlis kahwin orang...kalu tak kena penampar jepun pengantin!!?

Anonymous said...

Beruk-beruk yang anti Polis ni hantar pergi Palestin, baru dia orang tahu bersyukur kena lanyak dengan askar Israel!!!.

Di Malaysia ni, kalu ada kesilapan Polis hanya satu...satu sahaja iaitu
terlalu berlembut dengan penyangak yang tidak pedulikan hak orang lain untuk hidup aman. Pergi jahanamlah dengan rakyat yang tidak pernah bersyukur. Pergi terjun laut kalu Malaysia ini tak bagus tunggu apa lagi di sini?

Anonymous said...

pencacai umporno sokong polis sebab polis kecut dengan depa.

Anonymous said...

polis umno lah katakan

Anonymous said...

Melayu yang paling tolol ialah Melayu yang mudah diperkudakan Nuar, ulamak jahat dan DAP lakntullah.

Melayu ini setuju bila Nuar kata Malaysia ini bukan Melayu punya? jadi siapa Punya? DAP punya? Melayu yang tolol dan bahlol lah tu jika setuju?.

Sesekali pergilah ke luar negara, lihat Polis mereka. Cuba tumbuk Polis sekali? tenok polis tu boleh senyum ka? apa agaknya jika Polis ditendang terajang? Polis tu ucapa terima kasikah?

Polis Malaysia ni jahat hanya satu sebab kerana baik sangat...ya SATU ASJA SEBAB kerana baik sangat!!.

Anonymous said...

AKU HERAN KENAPA YA? KENAPA BANGLA, MYAMMAR, INDON, CINA SEMUA BANGSA SEGALA MACAM SANGGUP DATANG KE MALAYSIA?

PERAHU KARAM..LEMAS DI LAUTAN..DIHALAU TERJUN LAUT, HANTAR BALIK DATANG LAGI. DITANGKAP SUMBAT KE PENJARA, MASUK LAGI DAN DATANG LAGI...GILAKAH MEREKA?

BUKAN INI NEGARA ZALIM DAN KERAJAAN NYA JAHAT? JADI JELASLAH
YANG JAHAT DAN TOLOL LAGI BAHLOL IALAH RAKYAT MALAYSIA SENDIRI YANG JAHIL DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR.

Dalil QURAN: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami tambah nikmatnya kepadamu, dan jika kamu kufur (nikmat), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih." terjemah AlQuran 14 :7

Anonymous said...

Kalu dah taksub cakaplah apapun, ayat Quran pun mereka tak peduli.

Serupa pengikut Ajaran sesat,Nabi Melayu,Ayah Pin...geng taksublah semua tu...mereka bukan dengar dan peduli ayat Quran tetapi dengar kata-kata pemimpin idola mereka.Nanti adalah alasan mereka yang diajr oleh Iblis.

Anonymous said...

Polis dan Mahkamah TIDAK ADIL SEBAB tidak menyokong Pakatan Rakyat? Kalu sokong PR dan kes menangkan mereka baru polis adil? Yeeee haaaa!!

Polis dan mahkamah kita cukup adil dan berwibawa. Tapi kalu dengar cakap si petah berkata-kata semuanya jahat belaka. Yang baik, bagus dan mulia hanya Dia. Senangnya nak tipu bila Melayu bodoh, tuli dan buta. Sokong ikut halua telinga.

Anonymous said...

kalau dah umporno, umporno juga. komen banyak2 pun nampak bodoh baik tak payah komen.

sama ja semua pencacai, bagi komen sama yg dah dijawab. tapi masih dok komen benda sama