Wednesday, March 28, 2012

IMAM HASLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN!!! Hasan Ali ceramah selamatkan akidah seluruh negara, apa pun tak da......hanya hentam PAS ......

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk

Ulasan GB

Hikmah yang tersembunyi.

Benih yang baik dicampakkan ke mana sekalipun pun ia menjadi pulau.
Walaupun dihantar ke penjara, rupa-rupanya kebenaran mendedahkan dia tetap berguna untuk agamanya.

Kamu-kamu tuan hakim yang dilemparkan kasut ke arahmu, belum tentu dapat melakukan apa yang Imam Hoslan lakukan di penjara itu.

Maka itulah hikmahNya juga, belajar tinggi-tinggi, ijazah berjela-jela, jawatan besar-besar, talileher panjang-panjang, tetapi kebenaran dan keadilan tidak dapat kamu tegakkan .. sungguh memalukan. Maka terimalah hukuman Allah itu seadanya. kasut yang layak ke mukamu.

Syariatnya, Imam Hoslan yang melempar, hakikatnya Dia juga. Ambillah pengajaran dari ayat Al-Quran di bawah ini:



فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاء حَسَناً إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (pada hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar. Dan Dia (Allah) hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya (daripada Allah). Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-Anfal: 17

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah Imam Haslan.... Kesimpulannya ialah Imam Haslan lebih hebat dari Nik Aziz..lebih baguih dari Mujahid..dan dah tentu2 lebih terror dari Bro Anwar...

2-3 bulan dok penjara dah dapat mengislamkan penghuni penjara...yg Mujahid, Anwar & Nik Aziz dah bertahun2 dok 'berkhutbah' 7 berkokok depan Lim Guan Eng & Karpal..haram sampai la ni depa tetap dok kafir jugakkk...kurang barakah gamaknya kot ye ..

Last2 Hassan Ali pulak yg kena...ermm..bukan dulu hang undi Hassan Ali ke?..

ASHHH

Anonymous said...

yg pasti ustaz haslan adalah pengikut pas. kalo dah pengikut pas tu, kira murid tuan guru nik aziz lah tu. yg lebih pasti lagi dia bukan pengikut umngok....hahaha

kalo ustaz haslan dpt islamkan 2 org dalam penjara dengan pertolongan dan bantuan Allah....sedikit sebanyaknya adalah atas sebab tarbiyah tuan guru nik aziz sebagai pemimpin pas kepada pengikut2nya diseluruh negara.

hasan ali tak payah sebut lah....memang mengabihkan boreh JATI jer....kahkahkah

Anonymous said...

tu tak paham wahai pencacai umporno

Anonymous said...

Salam...tuan yg merendahkan merttabat tgna dll... apa yang jelas mereka lebih baik dari kamu... sebab mereka faham sirah dan alquran.... apa komen saudara bila rasulullah sendiri gagal mengislamkan bapa saudaranya sendiri... begitu juga nabi nabi lain yang gagal mengislamkan anak atau isteri.... Hidayah kerja Allah bukan hak kita.... kita cuma wajib dakwah.... Allah tak tanya hasil tapi Allah tanya apa yang kita buat..... contoh jelas Satu malaysia orang cerita islam semua mesjid ada pengaajian tapi masih tidak dapat memahamkan awak tentang agama... dan masih jahil bila nak membuat komen...... kalau awak orang islam lebih baik mengucap sekali lagi..... balik baca dan pahamkan alquraan... sebabtu bila islam nak ditegakkan awak kena sokong bukan tentang..... semoga Allah beri hidayah pada awak.... dan bersama mencintai islam.... jangan sindir islam.... ab-mat

Anonymous said...

Dakwah Haslan lebih afdal sebab dia cerita bab Tauhid & Akhlak...Dakwah PAS dibawah PR tak menjadi sebab depa bukan berdakwah pun tapi lebih tepatnya dok merapu merepet..dimulakan dengan bismillah.. diikuti dengan cerita Ziana Zain & Althantuya..lepas tu pulak bab cerita org nu jahat..orang nu rasuah..kroni..disudahi dengan Takbir...dakwah ke tu gang?..ermm..
Bila gagal tu mengaku jer lah..last2 nak konar juga nooo...siap amik contoh Nabi gagal mengislamkan Bapa Saudara la pulakkk...gagal tu gagal le..terima je lah hakikat..

PAS bawah Mat Sabu ni aku dah kenai sangat dahhh.....bila gagal disalahkan 'takdir'.. bila Haslan berjaya, dicongnya sbb anak murid Nik Aziz..hihih..tapi yg paling lawaknya bila menipu dikatakan Muslihat..

PAS la ni bukan organisasi dakwah lah..Pas la nih lebih pada organisasi politik (yang dicorak & catur pergerakannya oleh Brother Anwar Ibrahim) yg nawaitu depa nak menang pilihanraya dengan tak kira dengan apa cara sekali pun termasuk le menggunakan agama sebagai modal pancing undi...yang dok berdakwah la ni..tuuu Mubaligh Kristian..tak ke gitu der??...

Anonymous said...

tambah sikit lagi...masa dalam PAS di panggil Saudara Hassan Ali..bila keluar PR dah jadi Hassan Boreh Jati...dok gelar2 org ikut sedap mulut jer tu ajaran Nik Aziz jugak ke der?...

ASHHH

Anonymous said...

politik tu dakwah la bongok..... kalau nk berdakwah kenalah tahu ilmu politik..... Nabi dah ajar lebih 1400 tahun lalu...... UMNO ni memang jahil dan ketinggalan zaman la.....

misnona said...

HABIS KENAPA TAK SURUH NAJIB ISLAMKAN BEBUDAK MIC,MCA DAN GERAKAN YANG ADA TU. KENAPA SIBUK DENGAN PIHAK LAIN? KATA NEGARA ISLAM, PEMIMPIN ISLAM YANG HEBAT...BUKTIKAN.