Saturday, March 31, 2012

MAUT SEMASA GANTUNG BENDERA BN!!!! 2 Petugas UMNO maut terkena renjatan elektrik


"Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.


Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.


Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri. Bernama


P/S: No komen! Al Fatihah sahaja yang mampu diucapkan. Tempat berlaku ini hanya 500 meter sahaja dari rumah saya. Dah riuh rendah satu bandar Tanah Merah. Malam tadi keluar berita TV3 dua rakan maut sebab pasang sebuah bendera parti politik. Kenapa tak terus terang cakap pasang bendera dacing. Wallahuaklam.

JALAN PULANG

7 comments:

lijitra said...

tu mati syahid ka.

Anonymous said...

Kalau kat dunia mati terbakar....kat akhirat ?????

Peringatan "jangan memusuhi orang yang nak tegakkan agama dan hukum allah, balasannya amat pedih"

ALahaI sI LunCAi said...

ANON,

MASA PEGAWAI KHAS NIK AZIZ
MATI KEMALANGAN, HANGPA NAK KATA APA PULAK ?

Anonymous said...

Sendiri mau ingat. Dalam perjuangan untuk Islam, menang pun syurga mati pun syurga. Mati/hidup untuk perjuangan sekular dan nasionalis, jalan terdekat menuju kufur dan neraka.

Anonymous said...

PAS masa Hj Asri..masa Ust. Fadzil dulu memang betul berjuang untuk memartabatkan agama..tapi PAS masa Mat Sbbu jadi N.Presiden nih..masa kamceng ngan DAP dan jadi pencacai Anwar nih dah tersesat arah dah..yg buta & yg tuli (walaupun dpt melihat..walaupun dpt mendengar) saja yg masih lagi dok sangka2 perjuangan hangpa masih dok atas landasan...
Yg mati tu satu agama & sebangsa dengan kita..patutnya dipohon doa moga dia termasuk dlm golongan yg diselamatkan Allah..
Tapi tu lah..bila dah jadi fanatik kepartian melampau..bila hati dah terpengaruh dengan hasutan Tok-Tok Guru Politik yg bertopengkan agama maka kewarasan akal pun pudar..dah tak nampak mana yg baik..mana yg lebih baik..yg dok nampak cuma yg BURUK dan yg lebih buruk..bau wangi hangpa tak mau cium..pasai bau busuk dah jadi sedap..
sungguh menduka citakan la sahabat..saudara dibuat musuh..disumpah seranah..Musuh & perosak yg nyata dibuatnya kawan & tempat rujukan...

Yang Pernah Berguru dengan Haji Din Canai Intan..ASHHH

Anonymous said...

masalahnya yang busuk ko yang bawa wahai pencacai umporno

berguru dengan tok guru mana pun, tapi kalu komen ala umporno baik tak payah komen. pi ngaji lagi

Anonymous said...

Belajar memang sampai ke mati pun tak abih..tapi bila tengok response Pengikut2 Anwar bertopengkan PAS kat sini..pandangan sayalah, tuan yg kena pi belajar lagi agar hilang sifat bodoh, riak & ujub yang dah mula bersarang dalam jiwa tu..Nak belajar agama bukan kat pentas ceramah politik PR..bukan berguru ngan Mat Sabu, atau dgn Anwar apatah lagi bergurukan Lim Guan Eng..menuntut ngan depa2 kat atas tu tak menjamin 'syurga' der...

Yang tak jemu belajar, mengkaji & berfikir...ASHHH