Thursday, March 29, 2012

MELUAT DENGAN SIKAP UMNO!!! 21 pemuda UMNO di Penang sertai PAS

JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

(Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno)

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.

10 comments:

Anonymous said...

Komen sikit ngan penyataan Mujahid bagi posting di atas 'Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerintah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.'

Betul ke yg memerintah Penang hari ini Pakatan Rakyat???..setahu saya ler Kerajaan DAP yg perintah Penang ni..apa portfolio yg PAS pegang dalam PR Penang??..hampehh...hihihi..lain ler masa Nizar jadi MB di Perak sat hari tu..semua portfolio penting dia 'bagi' kat DAP..ermmm

Nasib baik tak keluar ayat dari mulut Mujahid..hukum sokong PR di Penang adalah WAJIB..hihihi. Lagi pun Ketua Menteri kita Tuan Guru Lim Guan Eng dah menghayati sepenuhnya ciri2 kepimpinan Umar Abd Aziz kannn..Kat Penang dah pupus langsung pusat hiburan..mabuk2 dah diharamkan..kalau nak mabuk pi Selangor..SEMUA janji p/raya dulu dah ditunaikan termasuk ler janji nak serahkan hak milik pemilikan kat penghuni Kg. Buah Pala...Nama2 jalan di Penang pun dah ditukar ke nama2 khalifah Islam..Perumahan untuk rakyat miskin menjadi agenda utama kerajaan TG LGE dan telah banyak didirikan..ermmm...ha lagi satu, LGE akan bina SURAU terbesar di Malaysia kat Bayan Mutiara kelak..hihihi..

ASHHH

Anonymous said...

banyak dah yang lari dari umno.....yang hitam dalam umno pun tinggalkan umno.....yang putih2 dan sawo matang tunggu apa lagi.....dalam bas pun boleh main boria wehhhh.

Anonymous said...

Betul kata hang..antara yg lari dari PR ni termasuk le Hassan Ali, Zul Nordin..depa tak sanggup berketuakan pemimpin yg moralnya 'meragukan' tu...tapi hangpa nak jugak noooo

Tapi kalau hang nak joint lari boleh gak..ikut serta Bersih 3.0..tapi kena ler pakai baju kuninnn..baju takdak boleh minta kat Nizar..dia kata stok lama ada banyak lagi...

Yang tak sanggup tengok Luncai nak terjun ngan labu2nya..

ASHHH

Anonymous said...

pencacai umporno bila komen sama saja, nampak sangat bodonya.

rujukan tv 3 suku dan utusan meloya

Anonymous said...

Pencacai Anwar bila komen nampak sangat DOLnya..

Anonymous said...

hahaha...walau pun lambat dia orang tersedar dari mimpi ngeri, setidak2nya mereka sedar apa itu umno.

umno parti yg menjual agama, menggadai bangsa, merompak rakyat dan merosakkan prinsip bersih dalam pentadbiran, berpolitik, perniagaan dll.

yg tinggal dalam umno hanya lah perjuangan kosong, berpura2 dan busuk berasaskan fitnah semata2.

mampus lah kau lepas pru13 nanti.

Anonymous said...

UMNO jual agama??..bukan yg jual hak ekslusif nama Allah hanya untuk ISlam kat Mesia ni kat Kristian tu Anwar ke?.

Yg menggadai bangsa bukan PAS ke?..pasal tu bangsa no value too PAS..

Yg 'merompak rakyat' dengan segala bantuan kepada petani, nelayan, BR1M tu PR ke?..

Yg perjuangan KOSONG dlm PR tu bukan PAS ke?..tu yg 'bakal' PM Mesia sah-sah bukan presiden PAS..pasal tu gamaknya Hj. Hadi pun malas dah nak bertanding PRU13..ermm

Yang putih Bersih 2 orang jer..Mat Sabu dan Ustazah Ambiga..Nizar pun tak bersih sangat..dia Kuning Taik..hihihi

Pasal tu ramai melayu/islam yg tersedar bila tersalah pilih PR masa PRU12 dulu...Melayu/Islam yg tinggal masih nak undi PR tinggal 2-3 ekoq jer..jenis taik keras otak kosong ni..

Statement yg korang takkan tinggal tuhh..FITNAH..entah siapa terfitnah entah ler...ooo..haa..fitnah video anwar dol tu lah ye..fitnah Azmin dapat segudang duit masa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu kot niii...

Baguih ni geng..Basuh le taik Anwar tu..untung le PAS, boleh dapat bau nyer..

ASHHH

Anonymous said...

Fakta benar... sebelum Mac 2008 melayu Penang kayaraya dan menguasai ekonomi mrk semua tinggal kt kondo weh... bila PR perintah terus melayu jatuh miskin dan papa, mulai meroyan salahkan DAP, rupanya mrk duduk tanah wakaf sedangkan pemimpin umporno Penang dah 2 org jadi PM Ape mrk berdua buat utk membela melayu Penang ? hapla zero yg depa buat hayalkan melayu dgn boria siang malam.... haprak noooooo...

Anonymous said...

pencacai umporno ashhhashim ni baru mula belajaq komen. dia sorang ja dok komen. biaqla dia dengan kebodohanya.admin

Anonymous said...

Dibayaq agaknya tu kot?? Cybertrooper umno rasanya tu.. Kalau betoi.. Dah kija depa cenggitu.. Biaq pi la kat depa tu.. Wallahua'lam..