Sunday, March 4, 2012

RAMALAN DAIM!!! PRU 13 tahun 2013, Parlimen Tergantung


Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

Oleh: Arshad Khan

5 comments:

IZA HAKAMTUM BAINAN NAS AN TAHKUMU BIL ADLI WAL IHSAN said...

Why should one listen to him,after all wht he did.

IZA HAKAMTUM BAINAN NAS AN TAHKUMU BIL ADLI WAL IHSAN said...

Why should one listen to him,after all wht he did.

Anonymous said...

Dia tak perlu buat ramalan..... untuk dijadikan gimik yang menguuntungkan UBn ...selepas dia kaya raya... tak pernah nakk nasihat pemerintah suruh buat perubahan yang baiik uuntuk rakyat... tiba2 nak jadi ahli nujum setiap kali ada pru.... pi rah patriotik la sikit... rakyat yang iikhlas berjuang untuk kebaikan generasi akan datang lebih tinggi value or mertabat dari beliau.... tak payah la nak jadi nuujum ppak belalang... biar mereka yang cintakan keadilan buat semua rakyat yang membuat ramalan dan keputusan.....ab-mt

Anonymous said...

Jangan cemburu dia kaya,ini menujukkan terlalu cinta Dunia. Kaya itu kebetulan ujian dan pilehan Allah.

burhan said...

Then listen to Anuwar? My gosh