Tuesday, March 13, 2012

'WARLORD'!!! Usaha singkirkan Najib , naikkan Muhyiddin

Oleh Aspan Alias

Ada setengahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh74GGt4nT8ymhx-I-dl7rTBosvEYttUlNRS1n3K5yFooYYMQh0dEhmc1mr6Dz57qDLu4wEUCKPwSsqfn_ZAedplJAF4NxAdJL_ryJw6QS_DNWhW1L0X3pKFWpx9K_bCcdKj3N0t18h5b8t/s400/BN-+Tolak.jpgh pihak dalam UMNO sendiri berkehendakkan kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang hanyalah kemenangan yang lebih tipis dari kemenangannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kumpulan ini seolah-olah mahukan segala-galanya berlaku mengikut kehendak dan kemahuan mereka sahaja.

Kehendak ini disebabkan masalah dalaman UMNO sendiri dan ia bersabit dari keinginan setengah pemimpin mahukan berlakunya peralihan pimpinan dalam UMNO selepas pilihanraya ini.

Mereka yang saya maksudkan ialah mereka yang saya anggap sebagai dedalu di dalam UMNO dalam posting saya yang lalu. Kumpulan ini mahukan Najib mendapat kemenangan yang tipis sahaja kerana dengan kemenangan kecil itu akan menjadi formula mampan untuk mengenepikan Najib dari pimpinan parti dan negara.

Kegagalan Najib untuk meraih kemenangan yang lebih baik dari pilihanraya pimpinan Abdullah Badawi pada 2008 dahulu akan dijadikan penyebab untuk UMNO mengenepikan Presidennya itu bagi memberi peluang kepada ‘Tengku Mahkota’ UMNO. TS Muhyiddin Yassin untuk mengepalai pimpnan UMNO selepas itu.

Abdullah telah tunduk dengan kumpulan Muhyiddin yang dibelakangnya Dr Mahathir yang merupakan pencatur ‘master’ dalam menolak Abdullah Badawi dan memulakan usaha untuk menjadikan Muhyiddin sebagai PM.

Saya telah menyebut perkara ini dalam posting saya pada tahun 2008 yang lalu. Dr Mahathir sebenarnya bukan mahukan Najib semasa itu tetapi oleh kerana keadaan, Mahathir telah menonjolkan Najib kerana bagi beliau Najib adalah pemimpin yang mudah diketepikan jika Muhyiddin menjadi Timbalannya.

Kumpulan ini percaya yang Najib mudah diketepikan dengan isu-isu besar yang menyaluti beliau. Saya percaya kepada kemungkinan ini, kerana akhir-akhir ini ramai dikalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat menemui saya dan memberikan saya gambaran yang sama.

Pelan peralihan kuasa dari Najib kepada Muhyiddin ini memang telah dirancang dari dahulu lagi dan Najib nampaknya hanyalah dijadikan sebagai ‘stop-gap’ untuk menunggu waktu yang sesuai untuk melaksanakan niat mereka untuk menggantikan Najib dengan ‘Tengku Mahkota’ UMNO itu.

Tetapi ada juga dikalangan penyokog Najib supaya jangan mengambil peduli dengan permintaan Mahathir untuk menangguhkan pilihanraya kali ini.

Ini didasarkan kepada kenyataan yang Najib perlu mempastikan yang calon-calon yang dianggap boleh menang itu adalah kesemuanya dari calon pilihan Najib. Matlamat mereka ini ialah jika BN menang maka Najib akan lebih kuat dengan penyokong-penyokong tegarnya berada disekelilingnya.

Dr Mahathir mahukan Muhyiddin menjadi pengganti Najib secepat yang mungkin kerana bermotifkan untuk mempastikan ahli keluarganya akan dapat tempat untuk menaiki tangga politik tanahair kita ini.

Dalan situasi yang begini UMNO bolehlah mengalihkan fokus mereka terhadap pembangkang dengan melakukan berbagai-bagai tindakan yang rendah moralnya. Budaya samseng pun sedang berkembang pesat yang tidak dikawal oleh pihak yang berwajib.

UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memalingkan fokus rakyat daripada masalah dalaman UMNO itu sendiri.

Salahlaku pimpinan UMNO menjadi buah mulut disetiap sudut dimana rakyat berkumpul dan berbincang. Kali ini sejarah Abdullah Badawi akan berulang lagi. Kali ini adalah giliran Najib pula.

Tektik menjatuhkan pimpinan UMNO oleh kumpulan ini merupakan tektik yang sama dan oleh ‘warlord’ yang sama Hanya mangsanya sahaja yang berlainan.

‘Warlord’ inilah yang telah menjatuhkan ramai pemimpin Melayu yang berkemampuan, untuk beliau menjadi pemimpin yang paling celik dari kumpulan pimpinan buta.

Saya menyebut ini kerana penolakan terhadap UMNO oleh ramai orang Melayu sekarang ini bukan tidak bersebab dan UMNO sendirilah yang memberikan penyebabnya itu.

No comments: