Tuesday, April 17, 2012

TUDUH ANWAR!!!! Sedangkan Najib yang membentangkan PTPTN di Dewan Rakyat


Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang bertanggungjawab membentangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Rakyat ketika beliau pada masa itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman web milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, parti itu mendakwa Rang Undang-undang PTPTN telah dibentangkan oleh Najib (gambar) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam pada 13 Mei 1997.


"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.


"Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997," jelas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Najwan Halimi dalam kenyataan yang dimuatkan dalam blog milik Anwar.


Tambah Najwan, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah tepat, namun demikian, adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan Najib yang pada masa itu merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.


"Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997," katanya.


Dr Mahathir sebelum ini mendakwa skim pinjaman PTPTN diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.


“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,” katanya dipetik Bernama.


Pemimpin berpengaruh itu menegaskan Malaysia tidak mungkin akan memberikan pendidikan tinggi percuma sebagaimana cadangan “negara membangun lain”.


“Kita boleh mansuh PTPTN, hanya kepada mereka yang mahukannya. Biar mereka yang tidak mahu PTPTN dimansuhkan, kita (terus) beri mereka,” katanya dalam satu majlis di Sintok.


Dr Mahathir menegaskan kerajaan sentiasa komited terhadap mengukuhkan taraf pendidikan negara, dan dengan itu, lebih 25 peratus daripada belanjawan tahunan negara digunakan untuk sektor pendidikan.


Pembangkang telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.


Pakar strategi Pakatan Rakyat (PR) berkata kepada The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.


Pertemuan itu berlangsung sebelum perbahasan antara Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 Mei sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) harus dihentikan.


Ketua Umum PKR Anwar telah mengumumkan rancangan untuk memansuhkan PTPTN yang dikata telah membebankan mana ramai graduan dengan hutang walaupun belum lagi bekerja.


Sekumpulan mahasiswa telah berhimpun di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, dan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN dan mendesak kerajaan memberikan pendidikan percuma.


Ketika demonstrasi tersebut yang turut dihadiri kira-kira 500 aktivis mahasiswa itu, turut kelihatan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang yang turut berhimpun menegaskan bahawa “pendidikan percuma hak semua”.

4 comments:

Anonymous said...

Aku bukan apa....kalau nak mansuh PTPTN dan bagi pendidikan percuma apakata kerajaan pakatan rakyat mansuhkan dulu semua yuran kat UNISEL,KUIN dan INSANIAH bawu nak cakap pasal PTPTN. X GITU.....

p/s: kalau yuran PASTI mansuh lg bagus...kelas tadika bagi free je la kan2.

Anonymous said...

lu pencacai otak letak mana, jika kerajaan pusat tak kutip cukai dr kerajann negeri pr tak da masalah .

ni tidak, belasah cukai lepas tu suruh kerajaan negeri pr laksanakan.

Anonymous said...

otak anon 17 april 09:20 memang otak umno. tulong bagi tau kat kerajaan pusat jangan ambik cukai kat negeri PR dan bagi balik royalti minyak dikelantan yang kerajaan pusat tahan buat bagi mentahkedarah penyokong2 umno dengan duit haram itu insyaAllah kerajaan PR boleh tunaikan cadang kamu itu.

Anonymous said...

otak anon 17 april 09:20 memang otak umno. tulong bagi tau kat kerajaan pusat jangan ambik cukai kat negeri PR dan bagi balik royalti minyak dikelantan yang kerajaan pusat tahan buat bagi mentahkedarah penyokong2 umno dengan duit haram itu insyaAllah kerajaan PR boleh tunaikan cadang kamu itu.