Wednesday, April 11, 2012

UMNO BACUL!!! Takut berdebat tapi ganggu ceramah orang


IPOH (10.4.12):
Ceramah Isu Semasa anjuran Pas Taman Song Choon telah berlangsung dengan baiknya walaupun sepertimana biasa akan mendapat gangguan daripada ceramah mee segera pihak Hamidah Osman.

Biarpun kali ini Hamidah membuat ceramahnya betul-betul berdepan dengan pentas ceramah PR, dan kuasa pembesar suara yang diguna dan dihalakan kepada pentas ceramah PR begitu nyaring, tetapi sedikit pun tidak menggelisahkan pihak penganjur untuk meneruskan program malam itu. Malah, mereka berasa lebih seronok kerana suasana 'perang' yang berlaku itu bukan sahaja menampakkan ketidak matangan politik Hamidah, tetapi lebih menerujakan adalah suasana menghadapi pilihanraya umum kali ini membawa penanda aras yang Hamidah kini lebih tertekan dan terdesak sehingga sanggup mengekori serta meniru apa dan kemana sahaja program-program yang diadakan Pas Gopeng terutamanya bakal calon Pas di Dun Sg Rapat nanti, Sdr Radzi Zainon.


Program ceramah Hamidah juga hanyalah bergantung kepada kehadiran orang luar yang diangkut menggunakan 5 buah bas disewa khas. Bilangan penduduk tempatan yang mengunjungi tapak ceramahnya boleh dikira dengan jari sahaja.


Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah, setiap kali PR mengadakan ceramah, orang ramai akan menghulurkan derma kepada pihak penganjur manakala pihak Hamidah pula terpaksa berbelanja besar untuk mengupah bas, orang yang datang, sistem pembesar suara, makanan percuma dan balaci serta pencacai yang mendendangkan puji-pujian ke telinganya.


Kita lupakanlah kisah Hamidah yang tak sudah-sudah, kita fokuskan kepada ceramah yang berlangsung malam itu. Penceramah jemputan yang memenuhi undangan penganjur kali ini benar-benar menggambarkan teori sebenar 1 Malaysia apabila YB Salahuddin Ayob (PAS), YB V.Sivakumar (DAP) dan YB Chang Lih Kang (PKR) berganding bahu memberikan ceramah mereka kepada berbilang kaum yang hadir pada malam itu. Berbanding dengan ceramah Hamidah (Midah lagi...) yang hanya mengutarakan orang Melayu dan menghentam oarng-orang bukan Melayu di dalam ceramah mereka. Perlu juga diketahui, ceramah Hamidah yang bertajuk mirip kepada Islam tetapi isinya lebih teruk daripada bau perkauman tengik.


Mari kita ikuti perjalanan ceramah isu semasa Pakatan Rakyat itu:


YB Chang Lih Kang mengambil tempat sebagai penceramah pertama


YB Chang menekankan bahawa ceramahnya bukanlah mengenai agama ataupun perkauman tetapi lebih kepada ekonomi

Banyak persoalan-persoalan ekonomi yang diutarakan di dalam sidang dewan undangan negeri Perak gagal dijawab oleh Kerajaan Umno/BN Perak


Suasana ceramah YB Chang Lih Kang yang diganggu oleh suara Hamidah.



Sdr Radzi masih menanti jawapan daripada Hamidah untuk berdebat di satu pentas ceramah, bukan hanya berani terpekik terlolong daripada seberang padang

Tiba giliran YB V.Sivakumar untuk menyampaikan ceramahnya



Sudah lima hari mencabar Hamidah untuk berdebat, tapi masih tiada jawapan


Kini giliran YB Salahuddin

Beliau yang sampai sebaik sahaja habis sesi parlimen

Banyak isu-isu yang diperjelaskan malam ini




Masyarakat Cina setempat juga gemar mendengar ceramah

Pakatan Rakyat yakin untuk menawan Putrajaya

Anak lelaki Tan Sri Mufti Harussani (baju coklat, tengah) turut bersama-sama di dalam ceramah ini


Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan YB Salahuddin sebaik selesai ceramah

Jamuan makan malam buat penceramah

Ceramah Pakatan Rakyat yang berakhir sedikit awal, sekitar jam 11.30 malam telah diambil peluang oleh Hamidah untuk terus memekik dengan harapan agar ramai yang mendengarnya. Suatu yang tidak disedarinya adalah, perbuatannya itu hanya lebih menambah menyampahnya orang ramai terhadapnya.

No comments: