Friday, May 18, 2012

BERITA DAH KELUAR!!! Pemuda ditangkap orang kampung buang bendera PAS

KUALA NERANG - Tindakan seorang pemuda berusia lingkungan 20 tahun, merosakkan dan membuang bendera parti politik yang dipasang di tepi jalan raya, hanya mengundang padah apabila dia dibawa ke balai polis setelah ditangkap ketika melakukan perbuatan itu.

Pemuda terbabit yang dipercayai berasal dari Tualak, dilihat bertindak membuang bendera milik Pas dan PKR di sepanjang laluan Jalan Tualak-Kampung Barokhas yang dianggarkan sejauh 10 kilometer, kira-kira jam 1 pagi, semalam.


Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Nerang, Mohd Azam Abd Majid berkata, tindakan pemuda berkenaan disedari penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya.


“Saya dimaklumkan terdapat seorang lelaki memandu kereta jenis Proton Satria berwarna putih, bertindak membuang bendera Pas dan PKR, selaku Pengarah MTD, saya meminta mereka memantau kegiatan lelaki berkenaan.


“Orang kampung bertindak menangkap lelaki berkenaan dan dia diserahkan kepada anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu adalah yang pertama berlaku di kawasan berkenaan dan susulan daripada itu, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang.


“Laporan ini dibuat agar perkara seperti ini tidak berulang pada akan datang, kita tidak mahu menuduh ia angkara sesiapa dan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.


“Pada masa yang sama, saya mohon agar penyokong-penyokong Pas di kawasan ini, tidak mengambil tindakan melulu yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.SH

1 comment:

Anonymous said...

nasib baiklah yg tangkap tu org baik2.kalau tak dah lunyai dah mangkuk tu..