Sunday, May 13, 2012

BUBAR PARLIMEN!!! BN YES, Umno YES, Najib YES tapi Rosmah kata NO maka Najib pun NO


 Akhirnya , ramalan banyak pihak Najib akan bubarkan parlimen ternyata meleset.


Nak kata tak dapat sokongan ahli UMNO, Utusan Meloya kata 120 000 hadir Ulang Tahun UMNO walaupun stadium tu muat 80 000 orang.


Nak kata orang Melayu tak sokong, RM 500 dah bagi, RM 100 anak sekolah dah bagi, warga Felda dapat pula RM 15 000 


Nak kata orang bukan Melayu tak bagi sokongan langsung , telah dinafikan dalam kajian UM . 49 % rakyat nak undi BN.


Jika Najib bubar lewat, kes scorpene yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis akan menarik perhatian masyarakat dunia dengan bukti-bukti penglibatan Najib.Habis kenapa Najib tak bubar lagi?

Pemerhati politik , hampir seluruhnya menjangkakan Najib akan bubarkan parlimen. Menurut Merdeka Center, inilah masa yang sesuai Najib bubar parlimen. 

Parti kompenan BN semua sudah bersiap sedia. Pembangkang juga turut bersiap sedia. Bahkan PAS tangguh muktamarnya. Tapi Najib tetap tak mohon bubar lagi, kenapa?


Semua yang membuat ramalan hanya mengambil kira faktor kemampuan BN untuk menang, faktor kekuatan UMNO, faktor sokongan rakyat, isu-isu besar yang mampu diselesaikan kerajaan. Namun, mereka lupa mengambil kira faktor Rosmah isteri Perdana Menteri.


Jika BN OK, UMNO OK, Najib pun OK tapi jika Rosmah rasa tak puas lagi menikmati keistimewaan bermewah sebagai isteri PM bolehkan Najib mohon bubar parlimen.


Jika Rosmah tak yakin BN menang selepas PRU 13, atau tak yakin Najib jadi PM lagi walaupun BN menang. Adakah Rosmah nak izinkan Najib mohon bubar parlimen?

Bila Najib tak jadi PM lagi, Rosmah akan terlepas semua nikmat keistimewaan bermewah. 

Biarlah BN dah yakin boleh menang, UMNO dah rasa cukup kuat tapi jika Rosmah belum rasa puas, bolehkah Najib mohon bubar parlimen?

Tentulah bagi Najib, Rosmah didahulukan, Rosmah diutamakan . Adalah lebih baik tunda bubar parlimen, masa untuk Rosmah mengecap nikmat bermewah digunakan sepuasnya. Daripada bubar awal, semuanya akan terhenti.Admin


Buktinya, Jika Najib bubar awal, Rosmah pasti terlepas peluang  ke London . baca di bawah...

SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

 
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
 
Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset.

Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan.

Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan.

Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan.
Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu.  

Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK.

Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun).
Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa. 
  
"Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada
media Malaysia di London, hari ini.

OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia  banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu.  

Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat.  

Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas.

Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu.

"Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria. 

Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin. 

Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia.
"Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana
Menteri," kata beliau.

Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan.  

Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis  "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat
petang esok.

Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang.

Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya.
Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa.SH

6 comments:

Anonymous said...

aparah....yang kau babitkan isteri dia kenapa? kata parti Islam....tunjukkanlah contoh pekerti mulia...ini kau pun lebih kurang macam yang dok ada jer....nak tegakkan islam ke atau nak menang dalam pilihanraya jer....kalau betul ikhlas kau kena akuilah yang islam akan tegak kerana iman..bukan kerana parti politik.....tak kiralah pas ke atau umno.....teguhkan iman dulu baru cakap nak tegakkan islam..jangan jadi badut jual agama untuk menang politik.......

Anonymous said...

pencacai umporno komen konon berbudi perkerti mulia. piirrrah porno , teguh iman dalam porno

Anonymous said...

"HARAM JADAH MEREKA TUH.. JANGAN TERIMA KEBAIKAN.. JANGAN TERIMA KEBAIKAN.. SAYA TAK RERA.. RRRE REDA.. SAYA TAK RELA DAN SAYA TAK REDHOH.. MUKA DAH LA TAK TEBAL.. TEBAL MUKA TEBAL.. MUKA TEBAL SEBENARNYA.. " ha..ha..ha.. Lawak.. Yg akn melingkupkn BN.. the end.

Anonymous said...

nak dijelaskan disini majoriti pengundi dimalaysia adalah pengundi atas pagar....jadi jangan la jadi sempit sangat kalau komen x sokong pakatan ja terus cakap pencacai umno sebaiknya jelaskan dengan cara berhemah bukannya terus menuduh.

p/s: kalau isu haramjadah ni najib ngan anuar dua2 pernah cakap yang serupa xdak beza pon. kalau marah umno serang peribadi seseorang bagaimana pula serangn peribadi kat rosmah..? sama ja kan...at least tunjukan perbezaan baru kami sokong.

Anonymous said...

tak nanti kes ni nak sokong. alasan sahaja, dah banyak kali komen begini bila semak ip rupanya pencacai menyamar atas pagar

Anonymous said...

padan muka kantoi.....