Thursday, May 3, 2012

FITNAH SEXS!!! Azmin Ali saman Utusan Malaysia RM 100 Juta kerana siar gambar lucah palsu



KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.


“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.


“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.


Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.


Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.
~HarakahDaily

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa saman 100juta?? kan lebih baik 1 Bilion, biar terus mampus utusan...nak jatuhkan maruah orang jangan lebih2, biar jadi pengajaran pada akhbar2 lain..