Monday, May 28, 2012

GAMBAR DUA REMAJA YANG PARAH!!! Penganjur Himpunan Jutaan Belia kena ambil tanggungjawab





Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.

Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.

Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.

"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.

"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.

Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu

"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

ada orang nak mati kalo melibatkan KERAMAIAN UMNO . N. SURENDRAN kalam kabut suruh SAMAN KERAJAAN. tapi yang tak SEDAP ada orang MURTAD (kes LINA JOY) - AMBIGA mewakili LINA JOY . Tak apa MURTAD tak penting untuk PR . betoi tak . JANJI PUTRAJAYA . LEPAS TU BUANG RAJA . PRESIDEN PERTAMA MELAYU . DAN SAMPAI KIAMAT MELAYU tak jadi PRESIDEN dah lepas tu . LOOK at SINGAPORE POLITIK STYLE. YEAHHHHHH ....

Anonymous said...

otak letak kat bontot... cer ko baca perlembagaan mesia ada di sebut ker orang meLAYU islam tak boleh murtad?? umur 18 tahun bebas memeluk sebarang agama bai... so meLAYU yang murtad tu akidahnya dah terpesong, siapa yang pesongkan??? Ambiga ker?? Siapa yang melalaikan umat meLAYU dengan pelbagai hiburan,, yang terbaru ko tengok apa yang pemimpin amno bawa dari luar budaya mana??? joget tunjuk puki, punggung apa nih??? melayu badan bertatooo laki pompuan, anak haram@anak zina setiap 1 jam 6 kelahiran korang dok senyapkan... Bangsa mana ?????