Monday, May 14, 2012

KES NFC!!! Orang awam berbakti didera , kroni UMNO belasah wang negara bermaharajalela




PETALING JAYA, 14 MEI: PKR akan memberi bantuan guaman kepada seorang bekas kerani bank yang disiasat oleh Bank Negara setelah beliau terlibat di dalam pemberian maklumat berkenaan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Johari Mohamad, bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, di dakwa menolong PKR di dalam pencarian maklumat berkenaan transaksi akaun kepunyaan pengarah NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.Dalam mengecam siasatan Bank Negara itu, Rafizi berkata agensi itu tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan politik dan mengambil tindakan terhadap orang awam semata-mata untuk menutup penyelewengan.


Rafizi juga mendakwa Mohamad Salleh menggunakan agensi kerajaan demi menjejaki individu yang tidak bersalah dalam skandal yang dihadapi beliau.Katanya, tindakan ini nyata menjejaskan periuk nasi Johari sehingga beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan.


“Tindakan bersifat dendam kesumat ini sudah tentu mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil selaku Ketua Wanita Umno.


“Sebelum ini apabila ditanya apakah tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.


“Tindakan dendam ini juga bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ini bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya.


“Dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa kecuali saya,” Rafizi berkata di dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di sini.


Mohamad Salleh sedang menghadapi kes di mahkamah seksyen atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 million dalam pembelian dua unit kondominium.


Projek NFC yang mendapat pinjaman sebanyak RM250 juta daripada kerajaan pusat didakwa tidak mencapai sasarannya untuk membekal daging lembu kepada pasaran tempatan.


Sebaliknya, wang itu didakwa digunakan untuk membeli kondo mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.


Johari yang hadir pada sidang media itu berkata beliau telah disiasat di bawah Akta Bank Negara dan Institusi Kewangan (BAFIA) dan diminta melaporkan diri kepada Bank Negara pada jam 2.00 petang ini.


Johari menerima surat daripada majikannya pada 24 April 2012 kerana didakwa melanggar tatacara disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang telah dibuat oleh Mohamad Salleh.


“Saya telah melalui satu proses perbicaraan disiplin di Public Bank. Akibat daripada tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.


“Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Salleh,” katanya.


Satu notis daripada Public Bank menyatakan, diantara 9.25 pagi dan 9.45 pagi pada 16 Febuari 2012, beliau telah mengakses sistem data bank pada komputer tempat kerja JJGWSSCN002.


Ini bagi menyemak dan mencetak penyata baki dan menyerahkan kepada pihak ketiga.


Empat akaun yang disyakki telah diakses adalah milik Datuk Seri Salleh Ismail, Agroscience Industries Sdn Bhd, National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd.


Rafizi berkata PKR akan menyediakan bantuan guaman kepada Johari yang melibatkan peguam N. Surendran, Lateefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri.

1 comment:

Anonymous said...

inilah UMNO/BN...senjatanyer utk mengekang maklumat kpd rakyat ialah dgn menyalahgunakan kuasa jabatn2 kerajaan dan kuasa undang2 yg cipta spt OSA.......UMNO/BN mahu rakyat bodoh mcm lembu...supaya mudah diperlembukan oleh mereka.....hampeeehhh