Sunday, May 20, 2012

MANA UMNO, PERKASA & ISMA?!!! Kenapa tak buat demo bantah kerajaan benarkan Irshad Manji tokoh LGBT

PAS kesal kerajaan gagal halang Irshad Manji
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.


Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-
The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya-
Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.
"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.


Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.


Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.


"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT.  Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.


Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.


Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.


Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.


Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

4 comments:

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan kerajaan BN talam dua muka pada rakyat sendiri yang belum nentu menyokong , pengikut atau penaja LGBT telah dituduh dan cop sebagai penderhaka dan sebgainya tetapi bila sampai kena pada maknusia sekor ni dua menteri yang kononnya peka dengan keselamatan dan budaya jai pekak dan bisu , apakah dua pak menteri ni tidorka semasa semua ramai rakyat heboh menuduh Ambiga penyokong kuat LGBT top-top pengamal sebenar kerja terkutuk itu boleh bolos kedalam dengan bagitu mudah sekali , dimanakah NGO-ngo yang lantang menuduh rakyat sendiri itu ,kenapa tak buat bantahan ,adakah kerana sedikit gran perutukan yang diterima dari kerjaan tak perlu buat bantahan ,jaganlah jadi paku dulang kayu serpih dok luku kepala orang bila kena tang kita semua boleh .Allah huakhbar .

Anonymous said...

Yg buat laporan polis tu ape? asal org x sokong pas, je terus jd musuh. pastu kata pas ni sebahagian drpd Ikhwanul Muslimin (rujuk bdk2 pas kt ireland).

Anonymous said...

ni mesti anon isma, presiden ko tak buat kenyataan kecam kerajaan mcm selalu dok buat kecam pas. setakat laporan polis semua boleh buat.

JAKA said...

semua yg puak penjilat umno buat semata2 kerana politik dan wang serta gila kuasa.

tidak ada satu pun buat kerja agama kerana Allah.

itu sebb PAS larang ahli join perhimpunan murtad dulu...yg hasaan akidah kata PAS bela org murtad.

cuba tengok, lepas join perhimpunan tu, hassan masuk kem umno, lupa dah dia pada perjuangan anti murtad, sibuk dia memfitnah anwar.

itu sebab PAS kata jgn pergi perhimpunan anjuran umno.