Saturday, May 26, 2012

MELAYU DIUSIR!!! Hanya rekaan fitnah UMNO untuk burukkan Kerajaan PR


PULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.

Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.
Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.

Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.
"Bagikan saya senarai 50 buah kampung yang bakal diusir oleh mahkamah.  Saya nak tengok dengan bukti sekali  sebab setahu kami tiada pun kejadian itu berlaku melainkan cadangan kerajaan negeri mahu menaikkan taraf perkampungan Melayu sedia ada dengan lebih proaktif berdasarkan kepada rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang  2020," tegas Mansor ketika dihubungi.
Antara kampung terbabit ialah Kampung Seronok, Kampung Sungai Rusa, Kampung Titi Teras, Kampung Pondok  Upeh, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Genting dan Kampung Terang di bahagian Balik Pulau.
Di bahagian Seberang Perai pula membabitkan Kampung Ceruk To' Kun, Kampung Machang Bubuk, Kampung Ara Kuda, Kampung Sungai Acheh, Kampung Kota Aur dan Kampung Mengkuang Titi.
Ujarnya lagi, kerajaan negeri senantiasa memantau jika ada tanah yang terlibat dengan syarikat untuk dibangunkan sepertimana yang telah berjaya diatasi seperti di Kampung Perlis 10 Kongsi, Bayan Lepas di mana 84 orang berbagai bangsa tidak mendapat geran dari 1987 yang diatasi pada 2011.
Selain itu ialah Kampung Cross Street, Bukit Mertajam, perobohan 12 buah rumah di Kampung Sungai Nibung Besar, 22 buah rumah diatas tanah milik KL Metro Development Teluk Kumbar Balik Pulau, Perumahan PPR Sungai Chenaan Seberang Perai Selatan, Kampung Melayu Tanjung Tok Kong Fasa 4A, Kampung Binjai Bayan Lepas, 13 keluarga  bangsa Cina di Kuala Jalan Baru Balik Pulau dan Kampung Bagan Serai Seberang Jaya.
"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat buat perancangan begitu berhemah dan baik  demi rakyat yang tercinta.

“Kami tidak  sekali-kali menginaya penduduk sepertimana yang digemburkan oleh Umno dan BN yang terdesak," katanya yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

2 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

NAIK TARAF TU BERMAKSUD DIRIKAN KONDO BERHARGA 388 RIBU. ORANG MELAYU DITAWARKAN RUMAH DI KULIM DAN SUNGAI PETANI. 300 RINGGIT DAH BOLEH DUDUK, BAYAR JER BULAN BULAN...

HE! HE! HE! HANGPA TIPU ORG LAINLAH..

Anonymous said...

Tapi yang pasti cina Gerakan dengan UMNO tongong di Pulau Pinanglah punca Melayu berpindah ke seberang. Aku taulah sangatlah wahai tongong-tongong semua, sebab bapa aku orang Pulau Pinang, dia start beli rumah di seberang sejak 1970an lagi sebab masa tu harga rumah sudah mula mahal di Pulau Pinang.

So mana UMNO masa zaman tu yang memperjuangkan agar harga rumah mampu dimiliki oleh orang Melayu di Pulau Pinang? Paling kuat UMNO mengkayakan pemimpin dia.