Saturday, May 19, 2012

MUZAKARAH!!! Terima PR dulu - Jawapan terbaik dari Tuan Guru Nik Aziz


NONEKUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.


Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.


“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.


“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.


Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.


Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.


Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.


“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.


Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.

8 comments:

Anonymous said...

Serang katakanlah UMNO terima cadangan tersebut. dan semua MP jadi satu kumpulan ( atau satu parti saja)
Habis siapa yg nak cek sesiapa yg buat salah, rasuah umpamanya.

Jadi semua ADUN, MP MB, KM, masing ada dua tiga buah Istana.

Rakyat ? KEBULURAN

Anonymous said...

ketua dewan ulama ust harun taib dah cakap kalau nak muzakarah jangan letakan apa2 syarat demi kebaikan umat islam... x nak dengar ckap parti islam tp x ikut cakap ulama. pas 2 letak syarat yang bukan2 pulak 2.cnthnya:

nak umno keluar BN tapi PAS x mau keluar PR....nak umno bubar pastu masuk pakatan baru nak muzakarah apa jenis syarat la. nampak sangat x ikhlasnya.....

kalau betu UMNO keluar BN dan PAS keluar PR buat parti baru baru betul. ni wat syarat berat sebelah....SAYANG SANGAT DENGAN DAP.!!!!

Anonymous said...

soalan pada PAS...

TGNA nak UMNO ubah kepada dasar islam baru nak bergabung....tapi kenapa masa bergabung dengan PKR dan DAP x tetapkan syarat yg sama...??? jenuh nak jawab kan...

Anonymous said...

hoi pencacai umporno, Dap dan Pkr tu parti macam umno ka. selama ni dok canang Dap parti Cina, la nak sama kan Dap macam Umno.

Anonymous said...

tok sah dok percaya dengan ameno nak muzakarah. auta sahaja nak bagi orang cina marah kepada Pas.

bila ameno dah kuat , menang piliharaya. Pas tak akan dipandang dah

Anonymous said...

NYANYUK...

Anonymous said...

anon 00:51

TGNA yang cadangkan muzakarah bukanya UMNO. dulu zaman pak lah UMNO nak muzakarah PAS cakap umno nak muzakarah sebab UMNO lemah. Tapi sekarang PAS pulak yang nak muzakarah kan dah kena kat batang hidung sendiri.....

p/s: HUDUD tiada dalam agenda pakatan rakyat.camana 2??

Anonymous said...

anon 00:49

DAP ngan PKR sokong ka PAS nak wat hukum hudud...??? kan jenuh nak jawab kan....

p/s: nak wat hudud tapi bergabung dengan kafir. silap2 dah menang nanti makan diri sendiri.