Tuesday, June 12, 2012

ROYAN HASAN ALI!!! Jadi tukang fitnah, pertama kali ramai dengar lepas tinggal tu tinggal kerusi, Hasan Ali pun tak mari

 Terperasankah kita bila Hasan Ali ceramah pertama kali ramai yang akan datang mendengarnya. Bukan kerana menyokongnya tapi nak tahu apa yang Hasan Ali akan sampaikan.

Namun , bila orang sudah mendengarnya . Ternyata Hasan Ali bukan membawa agenda untuk ummah sebaliknya penuh dengan fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. 

Justeru itu, bila Hasan Ali buat lagi ceramah di tempat yang sama . Dah tak ramai yang mahu mendengarnya. Yang ada cuma ahli UMNO , itu pun jika diangkut. Maka tinggallah kerusi macam kat Lembah Pantai. Betulkah Hasan Ali pun malu nak mari?

Ceramah Hasan Ali di Lembah Pantai lengang. Menurut sumber gambar, Hasan Ali tidak muncul-muncul di lokasi ceramah.

 Ini pula fitnah Hasan Ali yang tak masuk dek akal

(hm)TANAH MERAH: Malaysia yang sebelum ini mengamalkan pemerintahan demokrasi bakal bertukar kepada negara republik jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali berkata, seandainya PR daripada parti Pas, Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), seterusnya menawan Putrajaya, tidak mustahil sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem republik terlaksana.


Itu janji PR yang disuarakan Anwar bersama pemimpin PR lain jika mereka menang pilihan raya. Apabila ini terjadi, secara automatik kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja (IMR) dalam negara (Malaysia) lenyap kerana bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem republik, IMR bukan agenda utama pemerintahan mereka.

“Perkara itu yang membimbangkan kita terutama nasib anak cucu pada masa akan datang jika PR berhasrat meneruskan agenda mereka itu walaupun kerajaan sedia ada sentiasa berusaha mempertahankan kedaulatan IMR daripada tergugat,” katanya ketika menyampaikan ceramah berhubung Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbang, dekat sini, malam kelmarin.


Program anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Membawa Aspirasi Rakyat (Membara) itu
dihadiri 20,000 orang yang tertarik dengan isu panas berhubung PR dan Anwar yang disampaikan Dr Hasan.

Menurutnya, berhubung perkara itu, sebagai NGO, Jati akan meneruskan agendanya memperjuangkan IMR bagi menyedarkan masyarakat negara ini mengenai PR melalui program ceramah bergerak.


“Saya melaksanakan program (ceramah) ini bukan ingin meraih simpati atau merayu undi bagi PRU-13, tetapi ingin menyedarkan orang ramai pentingnya mempertahankan hak institusi raja.


“Apa yang saya perhatikan, Pas, DAP dan PKR banyak menentang agenda yang cuba diketengahkan Jati dan hanya parti Umno yang lebih berminat serta boleh menerima konsep kami (Jati),”
katanya.

Lagi satu kenyataan akhbar yang membuatkan TM mahu termuntah, ceramah Hasan Ali dihadiri 20 ribu orang. DCM




2 comments:

Anonymous said...

Kalau malu,lainkali buat ceramah bolehlh pakai topeng ultraman taro,glamer sikit

Anonymous said...

Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

Respected throughout the Malaysian;
That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

整个马来西亚的尊重;
Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

-主办单位: MCA Selayang..