Saturday, June 2, 2012

MB UMNO TAK CERDIK!!! Buat kenyataan 'terlebih cerdik'


Terpukul dengan kemasukan ramai bekas penjawat awam kebelakangan ini membuatkan Ahmad Said nampaknya semakin gelabah hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan 'terlebih cerdik' semalam.

Apa tidaknya, disuruhnya penjawat awam yang siangnya bekerja dengan kerajaan tetpi pada sebelah malamnya mendengar ceramah Pakatan Rakyat supaya berhenti dari jawatan masing-masing.


Dalam sistem demokrasi, ia tidak seharusnya berlaku dan tambahan lagi diucapkan oleh seorang pemimpin yang mengetahui hayat rejim Umno-APCO semakin hampir ke liang lahad.


Apakah Ahmad tidak berfikir terlebih dahulu sebelum bersuara??


Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.


Menteri Besar, Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.


“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.


“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.


Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.


Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

JALAN PULANG

2 comments:

Anonymous said...

Sahih ke berita ni.. kalau betul inilah bukti yang sah bahawa kerajaan Terengganu adalah satu kerjaan yang tidak mengamalkan sistem demokrasi...

Saya bekas tentera (31 tahun). Tak pernah pun terima arahan seperti ini.

Anonymous said...

Dia ni mana tau pasal demokrasi,pkataan demokrasi pn dia x penah dgr,yg dia tau hanyalh demoKERUSI