Saturday, June 30, 2012

MUKHRIZ Vs MAT BASHAH!!! Bakal lebuqkan UMNO Kedah yang sudah hancuq


Sudah menjadi rahsia umum bahawa pertelingkahan merebut jawatan Menteri Besar jika BN menang di Kedah (Wal'iyazubillah) antara Datuk Mukhriz Tun Mahathir dengan Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sudah berada di kemuncaknya.


Wujud grand design di kalangan pemimpin-pemimpin penting UMNO Kedah cuba menaikkan Mukhriz. Mukhriz juga dibantu oleh bapaknya dikatakan sedang melobi Najib... itu pun semua orang kampung dah tahu.


Di mana-mana program yang melibatkan rakyat di Kedah yang tertonjol ialah muka Mukriz. Gambarnya terdapat di merata simpang jalan. Manakala program Mat Bashah pula sering disabotaj. Bloggers UMNO yang sebahagian besarnya dikuasai Mukhriz banyak menonjolkan Mukhriz kononnya anak PM itulah yang layak membawa perubahan dalam UMNO. Mat Bashah, depa kata, sejak pegang pengerusi perhubungan buat program hanya layak dibuat oleh guru kemas, takdak kualiti dan tak grand langsung.


Di celah-celah tu muncul pula nama Datuk Sahlan iaitu pegawai Najib, kononnya akan diutus oleh Najib untuk jadi MB di Kedah macam Pak Lah utus Mahdzir Khalid ke Kedah dulu untuk jadi MB. Apa lagi meremanglah bulu tengkok Tok Mat Lebai Sudin pakar cantas UMNO Kedah, kerana kononnya Datuk Sahlan akan diletakkan di Bukit Lada.


Haktulah yang orang-orang UMNO dok besembang siang malam sampai lenyaq laman kedai kopi pakat pi dok bahaih. MK tak mau campur urusan dalaman UMNO sebab bagi MK biaglah depa belaga sama-sama depa tanpa campurtangan orang PAS.


Lepas umum calon besok MK taulah nak buat macam mana nak bagi UMNO bertokak lagi teruk. MK dah banyak pengalaman PRU12 lalu...
Mat Kering Bakaq Bata Kedah La

No comments: