Monday, June 4, 2012

PARIT BUNTAR!!! Jamuan tengahari bersama Presiden PAS kumpul dana pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 4 Jun : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar mengambil peluang kehadiran Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang untuk mengadakan Program Jamuan Tengahari Bersama Presiden PAS.

Bendaharinya Ridhuan Othman berkata, Dewan Pemuda telah menjual kupon majlis makan tengahari berkenaan kepada orang ramai yang ingin bersama Presiden PAS.

"Tuan Guru Presiden hadir ke Parit Buntar menyampaikan sumbangan kepada warga emas pelbagai kaum di Pekan Lama, Parit Buntar. 
 
" Beliau kemudian hadir ke majlis makan tengahari ini. Hampir 1000 orang telah hadir dalam program ini yang bertujuan mengumpul dana pilihanraya Dewan Pemuda PAS Parit Buntar" katanya
 
Ridhuan berkata, Presiden PAS telah memenuhi harapan orang ramai untuk makan tengahari bersama beliau dan menyampaikan pesanan perjuangan dalam majlis berkenaan.
 
Turut hadir menemani Presiden PAS ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.



No comments: