Saturday, June 9, 2012

PAS GANTI UMNO!!! 54 ahli UMNO sertai PAS , tubuh cawangan baru di DUN Jertih


BESUT - PAS kawasan Besut khususnya DUN Jertih berjaya meranapkan kubu Umno Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Ekoran usaha penerangan dan dakwah yang berterusan, seramai 54 orang ahli Umno telah keluar dari parti itu dan menyertai PAS secara rasminya.


Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bersempena program PAS Ganti Umno (PGU) peringkat DUN Jertih yang diadakan selama tiga hari bermula Khamis 7hb Jun hingga Sabtu 9hb Jun.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam kawasan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

No comments: