Friday, June 8, 2012

RELA DIPERKUDA!!! Mai tengok RELA dah jadi alat UMNO ganggu ceramah PAS

Sangat kesal terhadap RELA yang sanggup diperkudakan oleh UMNO Gopeng dalam usaha mereka menganggu ceramah PAS. 

RELA sepatutnya membantu pihak keselamatan menjaga ketenteraman awam, bukannya menjadi kuda tunggangan UMNO BN yang semakin lesu berdepan dengan PAS.
 
Dalam program semalam, PAS Kawasan Gopeng telah merancang sekian lama bagi menganjurkan program ceramah dengan menjemput bekas artis terkenal Aisyah diperkarangan restoran KJ Gemilang di Taman Maju Rapat. 


Setelah sekian hari kain rentang program itu ada di merata tempat, tiba-tiba RELA pula menganjurkan pertandingan Karaoke di tempat yang jaraknya sangat berdekatan. 

Apa yang dikesalkan, bulan ini bulan Rejab, malam Jumaat pulak tu, RELA sedikitpun tidak menghormati kemulian blan tersebut dengan menganjurkan pertandingan karaoke. 


Berbeza dengan ceramah PAS yang diserikan dengan alunan lagu-lagu memuji ketuhanan dan kerohanian yang disampaikan oleh Ust Huri.

Program mereka pula tidak mendapat sambutan pun dari orang ramai, berbeza dengan kehadiran ceramah PAS, ratusan orang menghadirinya. Sedangkan dalam khemah mereka tak sampaipun 30 orang. 


Niat mereka hanya untuk menganggu sahaja program PAS. Kita tahu di belakang mereka adalah YB Hamidah dan UMNO Gopeng. misabah



No comments: